“Assalamualaikum, ayah” mula si anak dalam satu perbualan telefon.
“walaikumsalam,angah. Angah sihat?”jawab si ayah.
“Alhamdulillah, angah sihat. Ayah macam mana? Sihat?” Tanya si anak lagi.
“Alhamdulillah, ayah sihat. Macam mana ngan pelajaran angah? Ok?”
“Insyallah ok. Errr…” Belum sempat si anak menjawab, ayahnya bertanya lagi
“Angah ada masalah ke kat sana? Kalu ada cerita la kat ayah.
“angah tak de masalah. Cuma…”
“Cuma apa angah? Kalau ada masalah beritahu pada ayah. Macam mana perbelanjaan angah kat sana? Cukup ke tak? Ayah tahu angah kena banyak beli buku. nanti ayah masukkan duit dalam akaun angah..” Jawab si ayah. Cekap membaca fikiran si anak.
Begitulah perbualan antara seorang anak dengan ayahnya. Setiap kali menelefonnya pasti akan disoal akan kadaan anaknya. Masalah si anak, pelajaran, perbelanjaan dan macam-macam lagi yang ditanya.
Samalah dengan apa yang saya rasai. Setiap kali mendengar suara abah bertanya keadaan saya di universiti, hati jadi gembira, bahagia. Bagaikan terselit satu semangat baru dalam diri untuk terus berjuang menuntut ilmu lillahitaala. Keprihatinannya membuatkan saya terhibur dan amat bersyukur kerana dikurniakan seorang lelaki mulia yang saya panggil ‘abah’.
Ada satu ketika, abah begitu cekap membaca fikiran saya. Tahu apa yang bermain di fikiran anaknya. Perkara utama yang yang ditanya hanyalah masalah keperluan anaknya. Walaupun saat tu saya hanya menelefon untuk bertanya khabarnya kerana merinduinya. Amat terasa saat dia susah hati kerana memikirkan tentang diri anaknya.
Bukan niat saya untuk memuji insan bernama ayah begitu tinggi tetapi saya yakin naluri seorang ayah itu akan ada dalam diri setiap lelaki yang mempunyai anak.
Peranan seorang ayah adalah untuk melindungi keluarganya, memenuhi segala keperluan keluarganya, mendidik anaknya dengan akhlak mulia dan amal soleh. Sejauh mana seorang ayah itu menunaikan tanggungjawab terhadap keluarganya dengan sempurna atau tidak, itu adalah urusannya dengan sang pencipta. Namun, bagi seorang anak, kita hendaklah menghormati ayah serta ibu kita walau sebesar apa pun dosa mereka.
Saya teringat satu kisah pada zaman Nabi Musa as. seorang pemuda yang biasa amal ibadatnya tetapi ditinggikan darjatnya di akhirat sehingga mampu menjadi jiran nabi Musa as di syurga. Apa yang dilakukan pemuda tersebut hingga dirinya dipandang mulia oleh Allah SWT. Memang luar biasa..
Nabi Musa as pergi menemui pemuda tersebut di rumahnya. Namun, pemuda itu tidak melayan Nabi Musa malah dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi jantan yang besar, selang bebrapa minit, pemuda itu membawa seekor babi betina pula. Nabi Musa kehairanan.
Selesai membersihkan kedua-dua babi itu, barulah dia melayan Nabi Musa. “Wahai saudara! Apa agama kamu?”. “Aku agama Tauhid”, jawab pemuda itu iaitu agama Islam. “Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu.” Kata Nabi Musa.
Selesai membersihkan kedua-dua babi itu, barulah dia melayan Nabi Musa. “Wahai saudara! Apa agama kamu?”. “Aku agama Tauhid”, jawab pemuda itu iaitu agama Islam. “Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu.” Kata Nabi Musa.
“wahai tuan hamba, Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.”, jawab pemuda itu.’Bagaimana pula dengan kita yang mempunyai ibubapa yang sempurna, tidak ada cacat celanya?
ANAK DERHAKA DIMURKAI ALLAH..
Tersentuh hati saat saya terbaca sebuah kisah penderhakaan seorang anak terhadap bapanya di dada akhbar baru-baru ini. Seorang anak yang berusia 20 tahun tergamak memukul bapanya mengunakan topi keledar dan menumbuk muka bapanya hanya kerana bapanya menegur sikapnya yang liar. Kasihan si bapa yang membesarkan anak selama 20 tahun sedangkan si anak sanggup pula menderhakainya. Dimanakah sikap belas kasihan si anak terhadap bapa kandungnya. Ingatkah si anak akan firman Allah swt dalam Al-Quran serta hadis baginda Nabi saw akan kehinaan bagi anak-anak derhaka.
Ingatlah firman Allah: “Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain daripadaNya dan kepada kedua ibu bapa hendaklah berbuat baik. Dan kalau salah seorang diantara keduanya telah mencapai usia tua, maka janganlah engkau mengatakan kepada keduanya ‘uhh’ dan janganlah engkau menengking keduanya, tetapi hendaklah engkau berkata kepada keduanya dengan perkataan yang hormat. Dan turunkanlah sayap merendahkan diri terhadap keduanya dengan belas kasihan dan katakanlah: Tuhanku, kasihanilah kiranya keduanya, sebagaimana keduanya telah membelaku dengan penuh kasih saying semasa aku kecil.” (Al-Isra’: 23-24).
DaripadaAbu Hurairah r.a, sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: “Janganlah kamu membenci bapa-bapa kalian. Sesiapa yang membenci bapanya bererti ia kafir.”
Riwayat Muslim
Saat ni, apa yang bermain di fikiran kita. adakah kita teringat akan ibu dan ayah dirumah? Bagaimanakah keadaan ummi dan abah sesudah sekian lama kita tinggalkan mereka? Atau seribu lagi persoalan yang bermain di fikiran kita yang sukar diungkapkan dengan kata-kata. Jawablah persoalan ini dengan jujur dan berhikmah kerana diri kita mengetahui sejauh mana kita menghargai kedua ibubapa kita.
Ayah..
Dalam hati ni tidak pernah terdetik untuk menyusahkanmu
Tidak pernah aku terfikir untuk melukakan hatimu,
Tidak pernah walau sekali aku terniat untuk mengecewakan dirimu,
Apa yang aku harapkan hanyalah kasih sayangmu,
Kasih sayang yang membawa aku ke syurga.
Ayah,
Terbayang jelas di mata hatiku akan penat lelahmu membanting tulang,
Terasa hiba saat melihat peluh yang membasahi dahimu,
Terasa sayu saat melihat tegukan air membasahi kerongkonganmu
Melepaskan perit dahaga..
Ayah,
Sesungguhnya cintamu sedalam lautan..
Andai kita disuruh memilih antara wang ringgit dan titik peluh lelaki yang bergelar ayah, yang mana satu akan kita pilih. Pasti ramai yang memilih titik peluh ayahnya. Sekiranya itulah jawapanmu, maka buktikan…
Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”
Riwayat al-Hakim
Wallahu ‘alam..