Friday, 19 September 2014

Syukur, mustajabnya doa..

Assalamualaikum.. buat pembaca sekalian.. ehh.. tetiba jadi Islamic skit hari ni.. huk2..

Tringin nak update blog cepat-cepat lepas update post yang lepas pasal Panduan Pilih Jodoh tapi baru hari ni berkesempatan untuk update. Sebabnya laptopku rosak dan perlu dibaiki, Disebabkan aku yang kedekut ni, aku tak nak baiki laptop tu, malahan aku nak pinjam laptop kakakku sementara nak beli laptop baru ni. Yer la, laptop yang sekarang ni memang uzur sangat. Aku rasa tak berbaloi nak baiki dia. Baik beli yang baru je, Tunggu kerja dulu la maknanya..huhu.

Minggu lepas aku hampir jadi penunggu bangunan COB. Mmm.. aku tengah tunggu seseorang, nak je ketuk bilik dia kat bangunan tu, tapi aku tak cukup berani, jadinya, tercegat la sorang-sorang kat situ menunggu dia tapi langsung tak pernah jumpa.

Tapi Alhamdulillah, aku tak putus harapan. Masa mustajab doa je, mesti aku ambil kesempatan ni untuk berdoa moga-moga dapatlah aku jumpa dia. Moga-moga dialah yang aku nantikan selama ni. Pendamping hidup aku. Alhamdulillah doa aku termakbul. Dalam lebatya hujan, dengan hati yang berdebar-debar, aku nampak dia kat tempat jual paper. Masa tu, hati ni rasa terharu sangat, bersyukur sebab Allah tunaikan hajat aku untuk berjumpa dengan dia, walaupun hanya sekadar untuk lemparkan senyuman. Ceettt... Makbulnya doa aku masa tu, senyum ni melebar je sepanjang jalan. =)

Alhamdulillah, terima kasih Allah. Dia dah clearkan segala rasa yang berkecamuk dalam hati aku ni. InsyaAllah, mulai sekarang aku akan sentiasa perbaiki ibadah dan doa-doa aku. Doa yang baik-bbaik je dan terbaik. Lagi satu, jangan remehkan pada saat waktu mustajabnya doa. Rebut peluang waktu mustajabnya doa untuk doa sungguh-sungguh. Nak tau tak bila waktu mustajabnya doa. Antaranya, ketika hujan (time ni pintu rahmat Allah terbuka), ketika azan hingga iqomat, selepas solat,  ketika sujud, lepas baca tahiyat akhir, pada waktu sepertiga malam, antara 2 khutbah jumaat, waktu dhuha dan banyak lagi. aku bagi 8 je kat sini, kalau bagi banyak tapi tak amalkan tak guna jugak kan. pheett.. kasi sentap sikit,

Anda juga mungkin meminati:

Thursday, 11 September 2014

Panduan Pilih Jodoh.. :3

Masa kecik-kecik dulu, tak matang sangat, dan aku selalu persoalkan kenapa ada perempuan cantik pilih laki tak hensem sebagai teman hidup. Kenapa pulak lelaki hensem dapat perempuan yang tak berapa cantik sebagai teman hidup dia? kenapa? kenapa? Chesss..

Masa tu aku rasa, aishhh... suami dia tak hensem dan tak sepadan ngan dia yang cantik tu, dia tak segan ke ngan orang yang memandang? Dan lelaki tu pulak, tak takut ke, isteri dia cantik dan mesti ramai orang yang suka dan minat kat isteri dia.

Sekarang, bila dah matang sikit.. sikit je la.. ekekeke.. baru aku paham kenapa.. bila kita dah mula 'ter'suka kat seseorang tu, kita dah tak kisah diri dia cantik ke hodoh ke, hensem ke tak ke, kaya atau  miskin, pandai ke tak, muda ke tua dan macam-macam lagi.. Bila dah suka tu semuanya nampak indah kat pandangan mata, pendek nampak macam tinggi, bulat nampak comel, tua nampak muda, sampai yang garang pun nampak tak garang..hahah,, Macam kenal je ciri-ciri ni.. :3

Pokoknya, penampilan luaran tu tak sampai 50% penentu kenapa kita suka seseorang tu. Contoh kalau aku, penampilan luaran dia aku tak minta banyak. Janji dia bersih, kemas dan muka ada 'nur'.. huhu.. cett.. tak banyak konon. Tapi apa yang penting, aku tengok peribadi dia, cara dia bersosial, kematangan dia dan walaupun dia nampak garang sikit pun, garang dia bertempat dan relevan. Walaupun yang kena marah tu adalah aku (sambil jari tonjol kat dahi sendiri).

Sebagai seorang perempuan beragama Islam (muslimah), panduan mencari jodoh tu memang ada Nabi SAW tekankan. Pilih berdasarkan empat benda, harta, rupa, keturunan dan agama, maka beruntunglah dan sejahteralah mereka yang memilih kerana agama, Benda nilah yang Islam tekankan. Walau suka macam mana sekalipun kat seseorang tu tengoklah juga pada agamanya macam mana sebab bekalan di dunia yang kita nak bawa ka akhirat ni hanya atas jalan agama. erkk... aku tak pandai sangat cakap fasol agama ni, Nama je ambik course Muamalat kat u. bab bagi tazkirah, aku fail. huhu.. K. wassalam.

Friday, 29 August 2014

New Family

2 3 Minggu lepas, Lisa jemput aku hadir ke AGM AS. AS?? Apa kebenda ni? Kalu nak tau AGM AS ni lebih kurang pertemuan sahabat-sahabat matrik Pahang yang kebanyakannya dah jadi alumni matrik Pahang dari batch 6 sampai 11. Wahh.. macam family gathering dah.. Ye lah, daripada yang muda (umur baru nak masuk 20) sampai ke yang dah beranak-pinak hadir dalam gathering kali ni. Maunya tak syiokk. Rugi la sapa-sapa yang tak join perjumpaan ni. (kasi sentap skit..huhu).

    Pertemuan yang dijadualkan selama 3 hari 2 malam ni rasa macam cepat je berlalu. Walaupun mula-mula tu aku rasa berat hati sangat nak pergi sebab takut aku jadi rusa masuk kampung je, sorang-sorang kat situ sebab tak kenal sapa-sapa. Tapi ternyata aku silap. Bila dah ditakdirkan dengan tarbiah dari akar yang sama, maka pergi je mana-mana, InsyaAllah, pucuk, dahan, batang dari akar yang sama akan tetap terima kita. Yang penting misi kita sama dan tak lari. Dan yang penting jugak, kita kena berjiwa besar, menerima orang seadanya walaupun kita baru nak kenal orang tu.

   Paling mengujarkan aku ngan adik-beradik AS ni (ermm.. adik beradik la kan sebab dah macam family..) bila dia orang gelarkan aku dengan nama TIZ ZAQYAH sebab katanya muka kami ada iras. OMG.. Apa ke pekdahnya gelar aku dengan nama Tiz Zaqyah, dia bukannya femes pun, untung-untung samakan je aku dengan Siti Nurhaliza ke, Neelofa ke, Erra Fazira ke, depa femes.. .haha.. nak yang best je manjang. Ok.. behave.
  
Bila ditanya apa yang aku dapat kat sana. Maka teramatlah aku nak kongsikan serba sikit kat sini..
  • Dapat kenal organisasi alumni KMPh ni. Sistem depa tak sama dengan system kat kampus biasa. Kalu nak samakan, mungkin aku boleh samakan dengan pengalaman aku selama setahun dalam organisasi PERSADA (Persatuan Pelajar Darul Aman) sebab ia mengumpulkan pelajar-pelajar Kedah yang dari pelbagai kampus kat Kedah ni. Tapi system matrik ni lagi besar sebab ianya melibatkan bekas pelajar matrik dari pelusuk dunia (ada pelajar yang belajar kat Mesir gak). So, bila sentuh bab komitmen ahli ni, aku faham sangat dah, endak-endak bila ahli masing-masing berjauhan ni. Kalau nak tau PERSADA tu macam mana, nanti lain kali aku cerita pengalaman aku dalam PERSADA pulak..ok.
  • Dapat menyambung persaudaraan. Persaudaraan antara aku ngan batch aku sendiri agak suam-suam kuku sebelum ni.. kejap, suam-suam kuku tu macam mana ye? Hehe.. boleh kata tak rapat sangat la, jauh sebab dah lama tak berhubung dan tak saling- mengenali antara satu sama lain. So, bila dah pertama kali join ni, Alhamdulillah, bukan je boleh rapatkan balik hubungan yang renggang, malah dapat kenal adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, pakcik-pak cik yang tak pernah kenal sebelum ni. Mudah orang cakap, beri 1, dapat 2 la ni.
  • Dapat baju AS. Yayyyy.. dapat baju muslimah AS warna purple untuk koleksi baru.
  • Dan lain-lain.
Penat dah menaipnya. Sebenarnya aku mengharapkan dapat dengar taujihad jugak sikit daripada murabbi. Sebab, diri ni dahagakan kata-kata nasihat dan pesanan dari yang berpengalaman. Ye la, selama ni asyik duk dengar aduan pelajar je. Letih dah asyik menadah telinga mendengar aduan. Harap dapat rehatkan otak dan telinga dengar nasihat dan pesanan tapi tak dapat. Lain kali mungkin.

Friday, 6 June 2014

Dia Maha Tahu

Wooww.. Alhamdulillah, nikmat apakah yang aku dapat hari ni.
Dengan kesibukan kerja, megupdate kerja MPP, status, meeting, and prepare untuk final exam, akhirnya Allah kurniakan kelembutan hati seseorang untuk bagi tips exam yang aku rasa memang banyak membantu..hoho.. Alhamdulillah, bersyukur sangat-sangat. Ada juga yang berhati lembut, bersimpati dan sudi berkongsi SWOT/TOWS Matrix untuk study case MARVEL. Kalu nak suruh aku buat sendiri internal dan external analysis company, memang tak arh. Dia punya case study mau nak kena baca sampai 10 muka surat. Fuhh.. 7 hari 7 malam tak settle baca lagi, nak faham, lain kira pulak.


Allah is the creator. He is the best engineer. 
Kalau nak kira, memang aku anggap ini memang pertolongan dari Allah untuk aku. Minggu exam ni, memang aku banyak berperang ngan nafsu, kemahuan diri sendiri, emosi dan sensitiviti. Macam-macam benda aku fikir. Nak kata, time2 exam ni, iman memang kena kuat. Kalau tak, boleh gila dibuatnya dengan paper yang padat-padat, hendak-hendak aku yang dah final year ni dan takde rumet nak pantau. Dugaannya berat sangat tahun ni..

Allah.. kembali pada dia. Kadang-kadang, bila dah hati rasa berat sangat, tak tenang, gundah gulana, banyak benda yang buat aku tak puas hati, aku soalkan semuanya pada Allah, Dia pencipta aku. Walaupun Dia memang maha mengetahui, tapi dengan meluahkan pada dia lagi menunjukkan bahawa kita memang perlukan pertolongan Dia. Walaupun dalam doa dan sujud kita, kita takde sebut pun, kita perlukan pertolongan. Tapi nak kata, Dia Maha Mengetahui, dia dah tahu semuanya walaupun hanya dengan keluhan dan rinihan kita, bahkan air mata sekalipun. Allah, Maha Pengasihnya Dia dengan nikmat dan peluang yang Dia beri pada kita. Kita sedar ke tak je yang jadi persoalannya. Ok. Penat dah menaip. Nak sambung study dulu. Assalamualaikum. :)