30 May malam Jumaat, aku meninggalkan UUM, naik bas di stesen
Changlun untuk ke Kota Bharu. Malam tu, aku naik kereta sewa Pak Cik Haris.
Masuk kali ni, dah 4 kali kot aku pakai khidmat dia. Cuba untuk mencari pemandu
yang familiar ngan diri, sebab tak de teman. Eratkan langkahan kaki dan
tawakkal kepada Allah. Moga Allah memelihara aku dari malapetaka yang tidak
berbau.
Dalam perjalanan ke Changlun, suasana riuh
dengan perbual kami berdua. Riuh ke? Memang aku sendiri bukanlah sorang yang
mudah berbual mesra dengan orang yang tak dikenali, tapi saat tu aku cuba
sesuaikan diri dengan keadaan dan persekitaran. Sebijik macam gaya camourflage.
Dalam perbualan yang start dengan kisah family, asal, majlis perkahwinan,
sampailah ke bab yang paling panas, POLITIK. Rupanya pak cik ni orang UMNO. Dan
kemelayuan UMNOnya terserlah dalam percakapannya. Macam-macam dia cerita
pasal Pas gabung BN, tolak PKR la, tolak Anwar Ibrahim la, macam-macam ada. Pak
cik sokong gabungan Pas dan BN, katanya biar kaum Melayu bersatu. Jangan kasi
‘can’ kat Cina perintah Negara. Nak ja aku tanya, pak cik rasis sangat
ngan Cina ni pasai pa? macam la BN tu parti komponen UMNO dan MIC saja. Tak
terluah melainkan aku angguk mengiyakan je kata-kata dia.
.......................................................................................
Dalam kul 8.40 malam, bas Shamisha sampai
di Changlun. Alhamdulillah, aku duduk di seat perseorangan dalam bas tu.
Disebabkan bas berhenti di 3 stesen untuk mengambil orang yakni di Changlun,
Alor Setar dan last di Sg Petani. aku kira agak lewat untuk meninggalkan bumi
Kedah. Dalam kegelapan bas, terdengar perbualan sorang hamba Allah,
‘’ Aku baru naik bas kat Sg Petani nim, sapa Kelate aku turun kat
KB. Mung tahu dok aku duk sbeloh sapo? aku duk sbeloh Obina wehh.. ‘’
Lama gak aku loading, Obina? Macam pernah
dengar nama tu, laa.. Obina player import TRW Kelate ke. Aku jelling seat
sebelah mamat tu, sorang negro dan kawan dia. Cehh.. patut la. Mentang2 Obina
dan foreigner tu sama Negara, boleh plak mamat tu samakan dia ngan Obina.
…………………………………………………………………………………….
Perjalanan bas tu agak perlahan, aku sampai
di perhentian Tanah Merah pada pukul 5.15 pagi. Pada mulanya, ingat nak turun
kat Kota Bharu dan ambik peluang untuk dengar kuliah kat Medan ilmu, tapi rasa
cam tak larat pulak dan decide untuk turun kat Tanah Merah. Abang aku, En Park
Jue, mai ambik kat situ, and tepat azan subuh berkemundang, kami berhenti solat
Subuh di masjid berdekatan.
Nak dijadikan cerita, aku tak pernah
datang masjid kawasan tu, tapi Alhamdulillah, jumpa juga toilet dan ruang solat
muslimat kat mana. Masa nak ambik wudhuk, sorang kakak datang kat aku. Pelik.
Kakak ni nak apa. Aku tak kenal dia pun.
‘’dik, bleh tukar selipar tak?
‘’Huh? Kenapa mesti selipar yang saya pakai?’’
‘’dik, tu selipar kak sebenarnya.’’
Laa… maaf kak. Saya tak tau.
Nak ja aku cakap. ‘’maaf kak, Saya ingatkan ni selipar jamban tapi
tak terluah takut kakak tu terasa hati....
Selesai solat subuh, terus je ke tempat
letak kereta. Tak mahu abang tertunggu-tunggu pulak. Ye la. Biasanya lelaki ni
deraih je nak cepat. Ingatkan dia yang tunggu aku, aleh2, aku pulak yang tunggu
dia. Hurmm.. memang la.
Abang aku sorang yang soleh, tapi perangai
brutal dan kurang sikit segannya tu tetap ada. teeeettt… Malaih nak cakap
lelebih pasal sikap kurang penyegannya ni.
………………………………………………………………………….
Pagi tu,selera bersarapan dengan nasi ayam
buatan ibu. Sedapp.. syok bercerita itu ini, terasa rindu pulak ngan anak buah,
Sofiya. Mak pun cakap, yang abang aku yang sorang ni jarang balik akhir-akhir
ni. uishhh.. busy makan gulai letteww.. Disebabkan kepenatan yang masih
tersisa, aku tertidur.
Tak lama, dalam sejam lepas tu, dikejutkan
oleh adik, Suhaili, ada panggilan telefon untuk aku. Dengan mata
yang masih terpisat-pisat dan suara yang serak,aku jawab juga panggilan yang tak
pasti dari siapa.Terdengar suara lelaki menyahut, suara serak dan percakapan
yang tidak teratur sedang meng’explain’ sesuatu. Telinga cuba menangkap butiran
percakapannya dan mengecam gerangan si pemanggil. Kah kah kah!! Abang aku
rupanya. confirm dia baru bangun tidur.. mentang-mentang la hari ni
cuti kerja boleh pulak dia sambung membuta. 2 x 5 je ngan aku. Aku tersenyum
dengan mata yang masih terpejam mengenangkan kami 2 beradik yang tak banyak
beza perangainya . Like brother like sister.. abang aku, Zarimiey Emiey,
bagitahu tak dapat balik rumah dan bawa Sofea, anaknya hari ni. Katanya, dia
nak pegi makan gulai. Janjinya, akan datang esok hari. Ohhh.. mesti dia dah
baca mesej yang aku hantar kat ibu Sofea sebelum lena tadi.
OK. Penat menaip, petang ni akan ke rumah kakak pula di Pasir Mas.
Sabar menahan rindu buat Aizat Syahmi yang baru beberapa minggu dlahirkan. J











