Thursday, 17 January 2013
Saturday, 5 January 2013
Bermusimkah Kita Mendekati Tuhan?
![]() |
| Masjid Sultan Badlishah UUM |
Bunyi alarm dari telefon
bimbit membangkitkan aku dari tidur yang lena. Jam menunjukkan pukul 3 AM.
Sejak akhir-akhir ini, terasa mudah untuk bangun malam. Tidak seperti
hari kebiasaan yang terlalu liat untuk bangun bermunajat disepertiga malam.
Musim final exam banyak memberi effect positive buat diri, tak kurang juga yang
negatif walaupun sikit.
![]() |
| ''apabila engkau telah berazam, maka bertawakkallah kepada Allah'' |
|
''apabila engkau telah berazam,
maka bertawakkallah kepada Allah''
|
Rutin harian bermula
mingu exam, aku akan stay di masjid Badlishah UUM untuk belajar bersama
sahabat. Mencari ketenangan dan cuba menghindar gangguan.. Aku tak nafikan
memang banyak gangguan bila duk kat bilik, mana ngan katilnya, laptopnya,
makan, tido, lappy je kejanya.. study..haaarrrammjadah!! (ciss.. blajar ngan
sapa la cakap macam ni nim. haha.. maaf PM1M, aku pinjam ayat ang jap..).
sambung balik.. Boleh
kira ngan jari berapa kali aku buka buku untuk study. Sebelum menghancurkan
result final exam, baik aku angkat kaki keluar dari bilik. Kalau tak fully
keluar pun biarlah sekadar aku mencari kekuatan di luar sana bersama sahabat
yang lain. Nak keluar dari bilik terus tak boleh, aku masih punya roomate k.
Tak sanggup nak tinggalkan dia bersendirian. Takut jugak nanti aku dicop zalim
sebab tak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang roomate.
Iktikaf di masjid,
selalu bangun qiam, buat ibadah sunat, puasa sunat dan sewaktu dengannya, aku
kira itu perkara positif yang aku lakukan musim exam dan kurang kerjakan pada
hari biasa. Lantas timbul satu persoalan dibenak fikiran, bermusimkah aku
mendekati Tuhan?
Dengan ini,, Wahai diri aku yang kerdil, muhasabahlah dirimu,
untuk siapa kau kerjakan
amalanmu?
adakah untuk Tuhan atau
untuk kepentingan dirimu sendiri?
adakah kerana sahabat
atau..
sekadar untuk peroleh
result final exam yang mumtaz?
mengapa masjid itu
menambat hatimu?
kerana ketenangannya
atau kerana sahabatmu disana?
atau kerana si dia yang
engkau suka sentiasa berkunjung ke rumah Allah itu?
Tanya pada hatimu dan andai hatimu menjawab,
tidak! bukan! semua
sangkaanmu adalah salah sama sekali,
jangan! berhusnul zhon
dengan diri.. engkau sangat kejam menuduhku sebegitu..
Jadi, buktikan! buktikan bahawa dirimu benar. Istiqomahlah dalam amalan, beramallah dengan ilmu yang dicari, tajdidkan niat, islahkan dirimu dengan perkara kebaikan.
Lakukan semuanya kerana
Allah swt dan berazamlah, kerana..
''Apabila engkau telah membulatkan tekad yakni berazam, maka bertawakkallah kepada Allah, sungguh Allah mencintai hamba yang bertawakkal kepadanya..''
Bila Dahi Mencecah Sejadah
Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah 'auratmu sebelum 'auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat
Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan
Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patok itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat
Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat
Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia
Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna Harta, tahta dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia.
(Dipetik dari puisi yg slalu disiarkan di Ikim.fm suatu ketika dahulu)
kredit to:

Subscribe to:
Posts (Atom)