Tanpa sedar dah hampir seminggu
ana menghabiskan masa di rumah untuk
menyambut Hari Raya Haji bersama keluarga. Dalam seminggu ni, boleh kira banyak juga aktiviti yang ana lakukan tetapi semuanya lebih kepada
berbentuk peribadi, balik kampung, keluar bersama keluarga, shopping bersama
sahabat dan ana juga sempat turut serta memeriahkan upacara penyembelihan lembu
untuk korban raya(bila sebut pasal lembu teringat pada UMNO.. keduanya tak leh dipisahkan.. huhu). Dalam
seminggu tu, ada juga sahabat yang merancang pertemuan bersama murobbi di
kawasan dan usrah tetapi semuanya ditunda atas beberapa musyaqqah. Sedikit
kecewa kerana sudah lama tidak hadir ke program kawasan. Jiwa ni begitu
merindui sahabat seperjuangan dan dahaga untuk mendengar taujihad dari murabbi
sanjungan. Tapi, ana paham, ‘’Kita
merancang, Allah juga merancang, dan Allah adalah sebaik-baik perancang’’.
![]() |
| Sembelih lembu di Hari Raya Korban |
Umurku untuk Islam. Benar, saat ini
ana cuba kuatkan semangat dengan
menghayati kalimah hikmah itu.
Apabila ana terasa begitu sesak dada dengan program yang bersusun-susun.
Apabila hati tidak mampu menahan sabar melayan karenah mereka yang bermacam ragam.
Apabila fikiran jahat mengusik, ‘’orang lain boleh je bergembira dan menikmati masa muda mereka, mengapa engkau tidak boleh?’’
Apabila hati kecil berbisik, “jangan gadaikan pelajaranmu untuk sesuatu yang tidak memberi hasil materi, engkau hanya menggelapkan masa depanmu’’
Apabila wang banyak diinfakkan untuk program, sedangkan diri juga amat memerlukannya.
Apabila banyak assignment yang tertangguh dan tidak disiapkan seawalnya.
Apabila diri dilontar berbagai-bagai pertanyaan daripada keluarga dan rakan-rakan, ‘’ Huda pergi program apa? Kenapa balik awal dan kenapa pula lewat balik kampung? Kenapa selalu takde dalam bilik? Kenapa, kenapa dan kenapa??’’
Semuanya ana tepis dengan satu kalimah hikmah; Umurku untuk
Islam dan sewajarnya masaku habis dan digunakan untuk berbakti kepada Islam dan
ummah!!’’
Oleh itu, wahai diri ana yang kerdil, bersabarlah dan jangan engkau lemah dan jangan pula bersedih hati, kerana sesungguhnya Allah bersamamu…
Sekian.

