Wednesday, 31 October 2012

UMURKU UNTUK ISLAM


Tanpa sedar dah hampir seminggu ana menghabiskan masa di rumah untuk  menyambut Hari Raya Haji bersama keluarga. Dalam seminggu ni, boleh kira banyak juga aktiviti yang ana lakukan tetapi semuanya lebih kepada berbentuk peribadi, balik kampung, keluar bersama keluarga, shopping bersama sahabat dan ana juga sempat turut serta memeriahkan upacara penyembelihan lembu untuk korban raya(bila sebut pasal lembu teringat pada UMNO.. keduanya tak leh dipisahkan.. huhu). Dalam seminggu tu, ada juga sahabat yang merancang pertemuan bersama murobbi di kawasan dan usrah tetapi semuanya ditunda atas beberapa musyaqqah. Sedikit kecewa kerana sudah lama tidak hadir ke program kawasan. Jiwa ni begitu merindui sahabat seperjuangan dan dahaga untuk mendengar taujihad dari murabbi sanjungan. Tapi, ana paham,  ‘’Kita merancang, Allah juga merancang, dan Allah adalah sebaik-baik perancang’’.

Sembelih lembu di Hari Raya Korban
Banyak panggilan dan mesej-mesej jihad yang memasuki inbox telefon mudah alih milik ana. Tidak lupa juga mesej-mesej yang meng’update’ kerja-kerja yang sentiasa menghambat dari universiti. Moga hati ana ikhlas dalam menerima tugas dan tanggungjawab yang tak pernah surut.  Otak ana mula merangka  takwim bulanan memandangkan banyak program yang memerlukan komitmen untuk bulan November dan seterusnya.  Mana nak mengejar midterm, pepare untuk final, assignment, program jamaie university, program kelab Pentadbiran Muamalat, matrikulasi, program negeri Kedah dan paling penting program di Kelantan. Allahurobbi…  Semuanya kena dirangka dan disusun dengan teratur. dan disini jugalah kefahaman dan praktikal ana tentang fiqh aulawiyat diuji. Ana tak nak kiranya silap aturan ‘’yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran’’. Teringat pesanan seorang sahabat, hebatnya kita dalam berprogram jangan sampai bawa fitnah kepada diri kita dan Islam. Jangan terlalu menumpukan pada sesuatu perkara sehingga kita mengabaikan perkara lain yang tidak kurang pentingnya. Allah.. Allah.. Sesungguhnya, perjuangan itu menagih pengorbanan yang besar.

Umurku untuk Islam. Benar, saat ini ana cuba kuatkan semangat  dengan menghayati kalimah hikmah itu.


Apabila ana terasa begitu sesak dada dengan program yang bersusun-susun.

Apabila hati tidak mampu menahan sabar melayan karenah mereka yang bermacam ragam.

Apabila fikiran jahat mengusik, ‘’orang lain boleh je bergembira dan menikmati masa muda mereka, mengapa engkau tidak boleh?’’

Apabila hati kecil berbisik, “jangan gadaikan pelajaranmu untuk sesuatu yang tidak memberi hasil materi, engkau hanya menggelapkan masa depanmu’’

Apabila wang banyak diinfakkan untuk program, sedangkan diri juga amat memerlukannya.

Apabila banyak assignment yang tertangguh dan tidak disiapkan seawalnya.

Apabila diri dilontar berbagai-bagai pertanyaan daripada keluarga dan rakan-rakan, ‘’ Huda pergi program apa? Kenapa balik awal dan kenapa pula lewat balik kampung?  Kenapa selalu takde dalam bilik? Kenapa, kenapa dan kenapa??’’

Semuanya ana tepis dengan satu kalimah hikmah; Umurku untuk Islam dan sewajarnya masaku habis dan digunakan untuk berbakti kepada Islam dan ummah!!’’

Oleh itu, wahai diri ana yang kerdil, bersabarlah dan jangan engkau lemah dan jangan pula bersedih hati, kerana sesungguhnya Allah bersamamu…
Sekian.

At Masjid Bukhari di Alor Star, Kedah

2 comments:

  1. di saat kita mengeluh, ingat satu benda :
    " ALLAH kutip kita untuk jadik salah seorang jundiNya untuk deenNya sebab Dia nak bagik syurgaNya yang indah, seandainya kita faham dan ikhlas dengan dugaanNya dalam perjuangan ni, bersyukurlah jadik yang terpilih" ^^ meow..sayunk awok!

    ReplyDelete
  2. syukrang ya ukhti. Alhamdulillah.. tanpa sedar, kesibukan ini juga satu nikmat yang jadi saham pahala buat kita kelak di akhirat. ya ukhti, kita anak panah Islam. tajamkan mata dan lancarkan ia pada sasaran.. :)

    ReplyDelete