Dia cuba memadamkan kesakitan dengan kesakitan yang lain. Walaupun yang dirasai hanyalah pedih namun ianya sedikit berkurang. Dia fikir, mungkin itu jalan yang terbaik saat tu, kerana tidak ada sabar dalam menghadapi ujian, atau mungkin kesabaran itu sudah capai puncaknya lalu dia putus asa untuk bahagia.
Ramai yang kata. ‘’Masa boleh mengubati segala’’.
Dia tanya, ‘’berapa lama?’’ Untuk menunggu masa tu sampai pun bagai separuh nyawa hilang.
‘’Kehidupan perlu diteruskan’’.
‘’Memang. Siapa yang mahu mati kalau tahu dosa menggunung tinggi.’’
Lalu dia jalani kehidupannya seperti patung yang hidup. Dia memilih antara hidup dan mati. Senyum, gelak tawa, kadang-kadang terhias dibibir, tapi hanya sekejap cuma. Hakikat, jiwanya adalah kosong.
Terkadang hadir keinsafan. Lalu ditadahnya tangan, dipanjangkan doa pada tuhannya. Mohon diberi kekuatan, diberikan jalan keluar yang terbaik, mohon dipegang hatinya dan dibangkitkan kembali jiwanya yang telah mati.
‘’Seandai tiada bahagia untukku di dunia, berikan bahagia untukku di akhirat sana.’’ rintihnya.