Tuesday, 31 March 2015

Seriously, Ubat Tinggi??

Sebulan lepas ada terpandang satu iklan ni kat fb, dan tak sengaja terbaca iklan tu. Tentang supplement peninggi badan.

Respon mula-mula,
 " mehhh.. ubat peninggi badan. Macam la aku percaya benda2 mcm ni. Tak de maknanya. Kalau dah kontot tu, kontot la jugak.  Comel apa.. "

But then, minggu lepas, hati tergerak nak baca balik iklan tu kat page ni,

Info produk jenama Tiens dari page ni, barulah tahu supplement Calcium dan Zinc tu bukan sekadar untuk tinggi je, tapi jugak untuk kuatkan tulang dan tingkatkan kadar metabolism badan. Jadi kebaikan dia lagi penting daripada nak tinggikan badan.


Bila fikir-fikir balik aku ni bukan kontot tak seimbang tubuh badan. Walaupun berat 49 kg, tapi rangka  tulang aku kecik, harap isi badan je banyak. Ukuran BMI pulak seimbang and cukup2 makan je.  I think dah tiba masa untuk consume benda ni supaya tubuh badan lebih sihat dan yang penting badan tak cepat penat. Seriously, badan aku memang cepat penat daripada dulu lagi. Tak dak stamina. Sebab tu lah kalau kat sekolah dulu-dulu, paling liat nak bersukan dan olahraga. Mengulat je kerjanya.. ekekek... Jangan jadi macam ni ye..

So why not I try, dan tengok dalam masa sebulan ni berkesan ke tak. Buat masa sekarang, dah dapat rasa kesan dia walaupun baru amik seminggu. So, teruskan sampai sebulan and tengok hasilnya. Mana tau, kitgi, jadi kuat macam superman ke, hulk ke, Johm Stanham  ke, kann??? Hik3..

Tuesday, 24 March 2015

Practically, Its Complicated.

Akhirnya, ada jugak masa menjengah blog ni lepas sekian lama terbiar.  Hampir 2 bulan kerjanya mengupdate website dan blog company, sampai menganak tirikan blog sendiri. Kalaulah blog ni ada hati ngan perasaan, rasanya dah lama dia merajuk, putus hubungan ngan aku. 

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan ke 2 praktikal. Tolak campur darab bahagi,, agak-agak ada dalam 2 bulan lagi nak tamatkan tempoh praktikal kat Era Edar ni. Uhhh.. tak sabarnya nak habis dan mulakan hidup baru. Hehe..


Cerita pasal praktikal. One sentence: Its very complicated. Macam-macam feeling yang aku ngan 5 orang lagi Era Edar 6 Flowers rasai sepanjang tempoh praktikal.. ececehh..gelaran tak leh blah. Kami berenam.. erkk.. bukann.. aku rasa berlapan pasai tambah 2 orang lagi jejaka Melayu Terakhir kat sini, Izrul ngan Irwan. Hehe… :D . Memang bukan setakat 6 flowers and 2 bees, but its more and more than that. Strong women, ultra workers, company’s hopes, segala gelaran yang bleh gambarkan yang kamilah segala-galanya untuk Femme Modenhaus. Kalo tak de kami, maka tak bergeraklah Femme Modenhaus lani. Ehh… sat. Femme Modenhaus ni apa benda pulak? Bukan praktikal kat Era Edar ke? Dari mana datangnya Femme Modenhaus ni. 

Bagi nak kurangkan kepeningan korang2 seme, meh nak ceritakan sikit tentang Femme Modenhaus. Femme Modenhaus ni sebenarnya salah satu anak syarikat bawah KUSDA Holdings dan adik bongsu pada Era Edar Marketing. Kiranya, KUSDA Holdings tu mak bapak dan anak-anak dia, Era Edar, Homeolab, Koperasi, PDA, PPHB, Chocen Wrapper, SPA dan Femme Modenhaus. haa.. giteeww.. Rasanya stakat tu je kot yang aku bleh cerita. Almaklumla, undang-undang company ni bbaaapak ketat sampai aku kena sound ritu pasal update tentang satu event ni.. hua3.. padan muka.


For more information, jangan segan-segan nak menjenguk link di bawah ni:

Laman web femmemodenhaus.webs.com , 
untuk blog, bleh tekan femmemodenhaus.blogspot.com ,
Instagram Femme.Modenhaus.Online dan last but not least, 
Laman FB, page FEMME Modenhaus.

Ok, selamat.. :D

Friday, 6 February 2015

Susahnya nak buat keputusan!! #_#

In the first place, I should have set my goals at least for this 5 years onward. But what happen nah? Aku memang kenal sangat ngan diri aku ni. Boleh buat perancangan yang hebat tapi perlaksanaannya belum cukup disiplin, teratur dan penuh mujahadah gitu. Hasilnya, matlamat tu takkan tercapai dalam masa yang ditetapkan. Ni bukan sekadar cerita je, tapi kisah benar seorang yang dikenali dengan nama Hidayah Shamsudeen. Ehehe.. :P


Kadang-kadang, aku sendiri walau diberi 1000 tahun sekalipun untuk buat sesuatu keputusan, aku tetap takkan mampu buat keputusan yang terbaik dan puaskan hati. Yup, walaupun bukan dalam semua benda but it’s happen in a certain time. Especially bila buat keputusan dalam masa yang singkat dan perlukan kata putus time tu jugak. That’s why dalam Islam sendiri ada konsep syura bila nak buat sesuatu keputusan yang berkaitan agama. Tapi dalam konteks individu macam aku ni, maybe aku bleh tanya gak pendapat orang lain dan buat pertimbangan dengan akal yang sihat. Kuncinya, jangan TERBURU-BURU. Yaa.. itu dia. Selama ni aku belajar banyak teori tapi belum tentu dapat praktikkan dengan betul. Urghh.. susah. Susah bila time nak amalikan benda teori ni tanpa mujahadah yang benar. errr.. haraki betul aku malam ni dengan patah-patah perkataan Islamik.


Jadinya, macam mana nak buat keputusan yang terbaik dan mampu beri kita ketenangan hati. Ok, apa yang aku listkan kat sini based pada pengalaman sendiri. Bila tiba bab nak buat keputusan yang penting, antara benda yang perlu titik berat adalah:

1)      Jangan terburu-buru (ingat..ingat..ingat.. penting nih. Lebih-lebih lagi bila tiba bab benda yang penting macam nak pilih bidang pengajian, kerja, nikah kahwin, well lagi banyak keputusan penting yang nak kena buat lebih-lebih lagi bila dah kahwin.. so, please. Jangan terburu-buru and it’s ok to take a little time to think)
2)      Minta petunjuk Allah. (yang ni paling penting. Banyakkan solat istikharah, doa dan macam-macam lagi. Petunjuk Allah tu boleh dating dalam pelbagai bentuk. Mimpi, ilham dari hati atau dari orang lain.. sapa tahu kan.
3)      Tanya pendapat orang lain (haaa,,, jangan pandai-pandai buat keputusan dengan kepala otak sendiri lebih-lebih lagi benda yang turut libatkan orang lain. Kalau pun benda tu tak libatkan orang lain, bleh juga kutip pandangan orang lain yang lebih berpengalaman terutamanya mak ayah, adik badik, kawan-kawan. )
4)      Bukan bermakna kena terima pendapat orang lain secara bulat-bulat tapi mesti dengan pertimbangan akal waras. Jangan lurus sangat  terima bulat-bulat pendapat orang lain bleh x? kadang-kadang situasi kau dengan orang tu tak sama dan dia tak faham. So, ada akal, pandai-pandailah nilai yang mana sesuai dan tak.
5)      Redha + tawakkal dengan apa je outcome atas keputusan yang dah dibuat. OK. Paling penting Jangan nak salahkan orang lain dengan hasil yang tak memuaskan. Salahkan diri sendiri takpe. Huhu.. just kidding.
6)      Believe in Allah and yourself! No matter what the outcome is, just believe that you have done a great job especially when you dare to make a decision.  OK :)

Then, all the best!!

Friday, 9 January 2015

Bakal Graduan Muamalat :3

Geng Cuat Muamalat. Sorang je yang bukan course Muamalat kat sini.
Selesai menghabisi 3/5 dari paper exam untuk semester akhir bagi tahun akhir ni.. Yeayyy... dah nak habis belajar. Alhamdulillah.. tapi bila pikirkan ada 2 lagi paper yang belum lepas, terpaksa la hold dulu rasa nak ber'yeaayyy'' tu. Satu paper Bahasa Arab dan satu lagi paper Islamic Banking Operation yang bagi aku student Muamalat ni, paper tu memang susah gila. Aku tak abis pikir kenapa la boleh ambik subjek yang bleh kata killer sebagai elektif program. urgghhh.. ada gak rasa menyesal sikit tapi tak pelah. Life must go on. Tak boleh putus asa dulu, Dalam masa 5 hari ni kena pulun study untuk paper IBO. Paper Bahasa Arab tak risau sangat sebab tak susah mana.. bukan nak kata pandai Arab tapi memang kenyataan paper Bahasa Arab 1 tu senang. hahah..

In the deep of my heart, terselit gak rasa sedih nak tinggalkan student life ni. Selama 4 tahun kat sini, macam sekejap sangat. Zaman sekolah lagi panjang.huhu.. Selama 4 tahun bergelar student Muamalat, dan tak lama lagi bakal bergelar graduan Muamalat dari UUM, ok. layak ke nak dapat gelaran tu dengan ilmu yang tak seberapa ni. Segulung ijazah tu tak membawa makna tanpa ilmu yang sahih dan bermanfaat yang akan dipraktikkan dalam kehidupan sebenar. Think deep and big Hidayah! You can do it!


Seusai kelas last seminar Muamalat. Ust. Muhammad tak nak join amik gambar. Entah rushing nak gi mana tak tahu la.. tapi se hal. aku nampak gemuk dalam ni. Padahal keding je. Pendek tu memang tak dinafikan..