Akhirnya, ada jugak masa menjengah blog ni lepas sekian lama terbiar. Hampir 2 bulan kerjanya mengupdate website dan blog company, sampai menganak tirikan blog sendiri. Kalaulah blog ni ada hati ngan perasaan, rasanya dah lama dia merajuk, putus hubungan ngan aku.
Pejam celik pejam celik dah masuk bulan ke 2 praktikal. Tolak campur darab bahagi,, agak-agak ada dalam 2 bulan lagi nak tamatkan tempoh praktikal kat Era Edar ni. Uhhh.. tak sabarnya nak habis dan mulakan hidup baru. Hehe..
Cerita pasal praktikal. One sentence: Its very complicated. Macam-macam feeling yang aku ngan 5 orang lagi Era Edar 6 Flowers rasai sepanjang tempoh praktikal.. ececehh..gelaran tak leh blah. Kami berenam.. erkk.. bukann.. aku rasa berlapan pasai tambah 2 orang lagi jejaka Melayu Terakhir kat sini, Izrul ngan Irwan. Hehe… :D . Memang bukan setakat 6 flowers and 2 bees, but its more and more than that. Strong women, ultra workers, company’s hopes, segala gelaran yang bleh gambarkan yang kamilah segala-galanya untuk Femme Modenhaus. Kalo tak de kami, maka tak bergeraklah Femme Modenhaus lani. Ehh… sat. Femme Modenhaus ni apa benda pulak? Bukan praktikal kat Era Edar ke? Dari mana datangnya Femme Modenhaus ni.
Bagi nak kurangkan kepeningan korang2 seme, meh nak ceritakan sikit tentang Femme Modenhaus. Femme Modenhaus ni sebenarnya salah satu anak syarikat bawah KUSDA Holdings dan adik bongsu pada Era Edar Marketing. Kiranya, KUSDA Holdings tu mak bapak dan anak-anak dia, Era Edar, Homeolab, Koperasi, PDA, PPHB, Chocen Wrapper, SPA dan Femme Modenhaus. haa.. giteeww.. Rasanya stakat tu je kot yang aku bleh cerita. Almaklumla, undang-undang company ni bbaaapak ketat sampai aku kena sound ritu pasal update tentang satu event ni.. hua3.. padan muka.
For more information, jangan segan-segan nak menjenguk link di bawah ni:
Laman web femmemodenhaus.webs.com ,
untuk blog, bleh tekan femmemodenhaus.blogspot.com ,
Instagram Femme.Modenhaus.Online dan last but not least,
Laman FB, page FEMME Modenhaus.
Ok, selamat.. :D


No comments:
Post a Comment