Friday, 24 February 2012

Trip to KMPH: The real tamrin


Pemandangan KMPH dari atas, cantekk.. kedudukan masjid betul2 strategik di tengah2 KMPH.. di sinilah ukhuwah kita bermula dan terbina. Kita kukuhkannya sebagaimana kukuhnya masjid ini di KMPH. Malah lebih kukuh dari itu. Insyallah.. Subhanallah wa bihamdihi, Subhanallahil azim..





Jumaat & Sabtu, 9 & 10 Februari 2012


Alhamdulillah… Ana(Hidayah) dan Ukhti Aisya sampai di UMP Pekan hampir pukul 1 tgh hari. Cuaca di UMP sangat panas. Sesudah mengangkat barang2 dari ground ke tingkat 2, ana terus berbaring di atas katil. Tekak rasa loya, badan panas dek pertukaran cuaca yang mendadak. 2 kali ana muntah. Badan terasa lemah longlai. Apa yang ana mampu buat hanya solat ruksoh jamak qasar dan berbaring. Ukhti Aisya yang susah payah jaga ana. Terharu… dalam hati ana nak cepat2 sembuh, nak rehat je sebab esok nak jumpa ngan adik2 matrik. Malam tu ukhti Diyana, ukhti Akhlisah dan Ukhti Aina sampai di UMP Pekan. Masyallah.. bukan main gembiranya ana saat tu. Ana ingatkan tidak ada  orang pun nak join program ni. Tapi akhirnya dapat juga ana jumpa dengan sahabat baik ana sorang ni. Demam sedikit terubat bila dapat menghabiskan masa dengan sahabat malam tu. Kami makan bersama, tengok gambar2 masa menuntut di matrik dulu, tengok video kmph, boria, dengar ceramah dan macam2 lagi. Kalau boleh malam tu kami nak stay, tak nak tidur, tapi kami semua keletihan. Tidur antara kul 2 ke 4 pagi. Pagi tu kami bangun siap2 untuk ke KMPH. Ukhti Najihah call bagitahu nak datang, dia pesan suruh kami sewa kereta untuk ke KMPH.Alhamdulillah, dapat...

Jenis kereta:my vi hitam manual
Pemilik: Raymon@akhi (bukan nama sebenar)
Tempat: UMP Pekan
Tempoh pinjam: dari kul 10 pagi hingga maghrib
Under: Ukhti Aisya UMP Pekan

Akhi bagi kreta tu dengan pandangan yang macam tidak percayakan kami. Kenapa agaknya? Antara kami berlima hanya Ukhti Akhlisah sorang je yang boleh bawa kereta. Nak atau tak nak memang dia dah tiada pilihan lain. Kena jugak bawak benda tu. Innalillah, kami baru sedar yang kereta tu ada masalah sewaktu kami dalam perjalanan ke KMPH. Clash gear kereta terlalu tinggi dan susah nak balance. 2 3 kali enjin kereta mati di tengah jalan raya terutama masa kat traffic light. Malah, setiap kali kereta berhenti maupun nan u-turn, mesti enjin kereta tu mati. Sangat bahaya malah silap2 kami boleh eksiden kat tengah jalan. Dalam keadaan terpaksa, kami minta tolong ngan Maahadians yang datang sekali. Kami bertukar kereta dan dari sebuah kereta jadi 3 buah kereta. Wahh!!.. Magik apakah ini..huhu.. Ye la, kereta my vi, kereta Ukhti Ida yang baru sampai dan kereta grup Maahad. Kereta kami meluncur laju ke KMPH . Lajunya mengalahkan kereta formula 1 terutamanya kereta yang dipandu oleh sahabat dari maahad ni.. Ishhh..nak berlumba ke hapa ni??? Kalu betul2 nak lumba, drift, jom kita masuk go-kart kat UUM!!..

Alhamdulillah, dalam kul 12.30 tengah hari Jumaat, kami sampai di Kolej Matrikulasi Pahang tercinta. Masa tu orang dah mula beransur ke masjid Al-Muttaqeen untuk solat Jumaat. Kami menghabiskan masa di dalam masjid bersejarah tu sambil berbual dengan ustazah Rosma dan jumpa dgan Ukhti Akma dan Ukhti Wani yang sampai awal. Perut kami berkeroncong minta di isi lalu kami makan kat kafe c beramai-ramai. Imbau kenangan lama, pastu planning nk jumpa ngan adik2, join ceramah fiqh wanita and jumpa lecturer terutama Ustaz Ghazali dan cikgu Azizah..hihi.. Alamak!! Sempat ke nak hantar kereta sewa ke UMP Pekan balik? Sape nak bawa kereta tu? Haduiiii…

Lepas makan kat kafe C, kami ke DMK..Dewan Mat Kilau..di sana berlangsung program fiqh wanita yang disertai oleh pelajar perempuan. Ana dan Ukhti Akhlisah yang sampai di DMK paling awal antara kami. Ana tahu Akhlisah ingin menghabiskan masa dengan ana. Sungguh kami tak dapat nak tumpukan perhatian pada perbincangan dihadapan. Otak masih ligat fikir macam mana nak selesaikan masalah ni. Pelajar matrik di dalam tengah berprogram,  kami pula adakan meeting tepi longkang DMK. Hehe..nak buat macam mana..tension sangat dah ni. Antara kami ada yang tetap nak laksanakan program dengan adik2 kul 5 ptg nanti, Ukhti Zaila pula kena naik bas untuk balik ke Keratong pukul 6 petang nanti dan Ukhti Aisya risau takde yang berani nak hantarkan kereta tu ke UMP Pekan balik. Memang berlaku sedikit perselisihan kecil disitu, tapi dapat ditangani dengan hikmah. Lepas sorang sorang yang join meeting tak rasmi tu. Paling tak tahan, sempat lagi snatch 2 3 keping gambar kenangan kat tepi longkang. Hehe.. longkang..longkang..tidakku sangka engkau bakal menjadi salah satu tempat bersejarah buat kami..


Dari tapak meeting tepi longkang kami ke surau Muttaqeen. Sebelum naik ke tingkat atas surau, kami sempat bergambar di bawah surau. Saja..nak gembirakan hati jap. Kat atas surau tempat muslimat, kami jumpa ngan adik2. Perjumpaan yang sepatutnya sebuah perkongsian ilmu bertukar menjadi sebuah pertemuan biasa. Takpelah.. takpelah.. duhai hati. Sabar jelah. Adik-adik matrik datang bersalaman dengan kami. Hanya sempat berkenalan dan bertanya khabar sebab mereka pun ada kerja lain lepas diberitahu program bersama kami terpaksa dicancelkan. Masa yang ada kami gunakan untuk merancangkan plan yang kee… entah.. Ukhti Lisa kata plan G.. hehe.. abis apa plan ABCDEF nyer…hihi.. teeetttt....



Ana dan Ukhti Akhlisah ke tempat kereta. Alasannya nak ambil laptop. Tapi ana tahu, itu hanya sekadar alasan. Macam la ana tak kenal sahabat baik ana sorang ni. Tuutt.. tuuttt.. Henfon Akhlisah berbunyi tapi dengan nada dering yang lebih canggih.. akh Zharfan yang call dan cakap dengannya. Last2, Ukhti Akhlisah pass henfon tu pada ana. So,,ana cerita balik kisah dari Aliff sampai la Ya'  pada akh Zharfan. Masa ni kami dari tempat letak kereta surau ke student centre..jalan2  jap hilangkan stress..Kesimpulannya, akh Zharfan bagi 3 plan.

Plan 1: minta tolong sahabat Maahad yang datang sekali dengan kami untuk hantarkan kereta ( yang ni konpem tak boleh.. sebab mereka tergesa-gesa untuk ke tempat lain).


Plan 2: call tuan kereta my vi tu untuk datang ambil kereta..( yang ni boleh dipertimbangkan)


maaf..entah gambar sapa yang saya
rembat ni..izinkan ek..
Plan3: minta tolong pak guard KMPH untuk hantarkan kereta..(kurang berkesan)

Plan 1 dan 3 awal2 lagi dah bungkus. Kami terpaksa keluar dari KMPH sebelum maghrib sebab akan ada sekatan di pintu keluar KMPH. Pak guard tak bagi keluar lepas maghrib!! Sekarang ni dah pukul 6.30 petang. Tergesa-gesa kami naik 2 buah kereta dan keluar dari kmph. Selamat tinggal..pak cik guard, selamat tinggal..KMPH.. huhu.. sedih teramat. Kami akan ke UMP Gambang, stay dekat sana sebab tak boleh nak stay dekat matrik.

Innalillah.. kenderaan kami kehabisan minyak ditengah jalan. Ukhti Ida and 'the gang' yang sudah sampai di UMP Gambang terpaksa berpatah balik untuk belikan minyak kereta dan hantar pada kami. Kami pergi ke stesen minyak untuk penuhkan tangki minyak. Masalahnya antara kami  tidak pernah isi minyak keta sendiri. Semua tak pandai. Haduii.. cobaaannn.. nak tak nak Ukhti Najihah pergi ke kaunter bayarkan harga minyak, Ukhti Aina pula cari pertolongan orang untuk isikan minyak. Manakala ana bantu Ukhti Najihah isi minyak dlam tangki minyak.. berapa banyak minyak daa.. Ukhti Najihah ambil pump minyak sumbat dalam tangki dan tekan. Sambil pandang dekat skrin.. Isshh… kenapa tak keluar nombor ni. Minyak tak masuk pun. Ana pun musykil jugak dengan keadaan tu. Laaaa… Bukan pump hijau tapi pump merah!!... Kami silap ambil pump rupanya... isk..isk …>_<.. (malu-malu).
Aina pula datang bersama seorang mak cik..”mak cik..mak cik, tolong isikan minyak keta kami. Kami tak pandai..ehh..dah siap ke?(sambil pandang muka kami berdua)” .dahh!! ..laju je kami jawab. Masa tu muka dah merah2 menahan gelak dan malu sekaligus. Mak cik tu pulak tersengih-sengih je pandang kami.. apa yang mak cik tu fikirkan...urrmmmm...kami tak nak tau.. Masuk je kereta, kami cepat-cepat tinggalkan stesen minyak menuju ke UMP Gambang . Malu kot..

Dalam kereta macam2 plan yang kami rancang untuk menghadapi bahaya kedua. Akhi Raymon…huh.. kami rasa seram sejuk je dengan belia sorang ni. Perbincangan kami meriuhkan  suasana dalam kereta tu..Apa yang kami rancang?? Jeng..jeng..jeng..Nantikan.. 

Kat UMP Gambang, kami hanya tunggu kedatangan akhi pemilik kereta my vi tu. Seperti yang dirancangkan, kami kena mengaku menjadi salah seorang adik kepada org yag call akhi Raymon tu. Maknanya kena buat sedikit helah atau kami akan dimarahi dengan teruk. Masa tu Ukhti Aisya mula rasa tak sedap hati sebab kereta tu kan bawah tanggungjawab dia. Akhirnya akhi tu sampai bersama seorang kawan dia. Kami sangkakan akan dimarahi tapi lain pula jadinya. Dia siap berlembut lagi dengan kami. Musykil jugak. Apa yang dikatakan oleh akh Zharfan kepada akhi tu sampai dia tak jadi marah kami. Jumlah kos pinjam kereta dan driver sebanyak rm95. Sorang kena bayar rm20. Ukhti Aisya dan Ukhti Zaila ikut akhi tu balik ke UMP Pekan. Alhamdulillah... dah selesai satu masalah besar. Sekarang ni giliran ana, ukhti Akhlisah dan Aina pula bersiap untuk balik ke negeri masing2. Terpaksa berpisah ngan Ukhti Najihah dan Ukhti Zawani di situ.. Hati sayu je sambil tangan melambai ke arah diorang.. uhuk.. sedih bangett.. (T_T)..

Seusai mengerjakan solat jamak maghrib dan isyak, kami akan ke terminal bas Kuantan. Ish…beg galas ana berjenama Adidas warna black orange dah hilang!!! (detail sungguh...) Puas kami cari dalam kereta tapi takde. Kami agak mesti tertinggal kat surau muttaqeen, kat matrik. Sementara kami on the way ke matrik, Ukhti Akhlisah call adik2 matrik untuk tolong hantarkan beg tu pada pak guard. Alhamdulillah dapat!!  Time tu adik2 matrik sedang berprogram ceramah maulidurrasul di surau Muttaqeen.  Allahummasolli 'ala Muhammad.. Kami juga diberitahu ada sedikit masalah berlaku di sana. Salah seorang pelajar matrik kena hysteria. Innalillah wainna ilaihiroji’un.. Tapi Alhamdulillah, masalah tu dapat diselesaikan dengn bantuan ustaz. Kami benar2 meninggalkan kawasan matrik dalam jam 9.30 malam untuk berkejar ke terminal Kuantan. Benar2 meninggalkan matrik. Dalam hati berdoa, moga2 sempatlah sampai di terminal bas sebelum bas kami bertolak.

Jam 10.15 malam, ana, Ukhti Akhlisa, Aina dan Ida sampai di terminal bas Kuantan. Kami menarik nafas lega kerana sempat berkejar ke terminal bas. Bas kami sepatutnya bergerak kul 10.30 malam. Kami ingat kami akan lewat sampai di sana, tapi kami sampai awal 15 minit. Terima kasih kepad Ida yang berani untuk memecutkan keretanya dan melanggar lampu merah kat traffic light..Huhu..lain kali jangan buat macam tu lagi tau... Bahaya.. Ana, Akhlisah dan Aina naik bas sama menuju ke destinasi masing2. Ana akan turun kat Kota Bharu, Ukht Akhlisah dan Aina turun kat Kuala Terengganu. Memang la mereka akan sampai dulu sebelum ana.. ermm.. untung laa... 

Ana agak dalam kul 5 pagi, bas yang ana naik sampai di terminal Kota Bharu. Ana duduk di bangku stesen bas sementara menunggu bas Citylink yang datang pada pukul 6 pagi nanti. Mahu terlelap tunggu bas ni datang, takpelah, ana tak nak menyusahkan abah  datang ambik. Jauh sekali nak merisaukan mereka. Tepat pukul 6 pagi, ana berangkat ke rumah naik bas ke2. Tapi, dugaan yang penuh hikmah datang lagi, bas Citylink yang ana naik rosak di jalan Ketereh. Pemandu bas meminta penumpang tunggu bas lain. Huish..macam mana ni. Jam menunjukkan pukul 6.30 pagi. Ana tak solat subuh lagi sebab ana agak sempat solat di rumah.  Ana toleh kiri kanan. Alhamdulillah, rupa-rupanya, bas rosak tu berhenti betul2 depan masjid mukim Ketereh. Masyallah.. benar2 Allah membantu.. Apalagi, dengan pantas kaki melangkah menyeberangi jalan raya untuk ke masjid untuk solat subuh sementara bas ganti belum sampai.  Ana hampir2 nak ditinggalkan bas lepas selesai solat subuh. Laju je berlari ke arah bas diseberang jalan sana. Memang agak bahaya sebab meredah jalan raya yang sibuk tu pada pukul 7 pagi tu. Mujur tak kena langgar kereta je..

Alhamdulillah pada jam 7.15 pagi, ana selamat sampai kat rumah di Tok Bok,Kelantan. Bersyukur yang tak terhingga atas tarbiyah, pengalaman, cabaran, keseronokan dan dugaan yang diberikan Allah swt kepada ana dan sahabat-sahabat. Bagi ana inilah tamrin yang sebenar, latihan yang mengukuhkan semangat dan kekuatan mental dan fizikal kami.Yang paling penting, ana(Hidayah Shamsudeeen), Cahaya Akhlisah dan Najihah Mohd Ali berkongsi satu rasa yang sama: KAMI TAK SERIK NAK LALUI PENGALAMAN NI SEKALI LAGI!!!


~biarpun berjuta masalah, bahaya, dan kekecewaan yang kami hadapi, semuanya beribrah. Kami melihatnya dari sudut yang berhikmah yakni sebagai sebuah tarbiyah buat kami, adventour yang sebenar yang Allah swt rancangkan buat kami.


Kami merancang, Allah swt merancang dan Allah swt itulah sebaik-baik perancang.


Jutaan kemaafan dan ucapan terima kasih buat sahabat2 yang begitu risaukan keselamatan kami, kekecewaan sewaktu program tu terhapus sama sekali saat kami hadapi dan selesaikan satu demi satu halangan dan cabaran tu. Keseronokan yang tak terhingga yang kami dapat. Pengalaman yang memberi banyak ibrah kepada kami. Yang pasti kami takkan dapat hadapi semua cabaran dan halangan ni tanpa sahabat disisi.. Moga ukhuwah yang terbina dapat dikukuhkan lagi dan memberi kekuatan buat kita semua..Ameenn..
Renungkanlah wahai sahabat kesayanganku sekalian.. 


p/s: maaf kalau ada salah kata, tersilap tulis, maupun terkasar bahasa kerana saya ini insan yang lemah.. 
yang baik jadikan tauladan yang tak elok jadikan sempadan..
Yang baik datang daripada Allah, yang buruk juga datang dari Allah tetapi melalui diri saya yang hina dan banyak kelemahan ni.. 
Mohon teguran dan komen sahabat2 sekalian..


jalan yang lurus itu jangan disangka tiada onak dan duri..
Alhamdulillah, Ya Allah..

*All right reserve on Feb 2012..