Saturday, 5 January 2013

Bermusimkah Kita Mendekati Tuhan?

Masjid Sultan Badlishah UUM
Bunyi alarm dari telefon bimbit membangkitkan aku dari tidur yang lena. Jam menunjukkan pukul 3 AM.  Sejak akhir-akhir ini, terasa mudah untuk bangun malam. Tidak seperti hari kebiasaan yang terlalu liat untuk bangun bermunajat disepertiga malam. Musim final exam banyak memberi effect positive buat diri, tak kurang juga yang negatif walaupun sikit.





''apabila engkau telah berazam, 
maka bertawakkallah kepada Allah''
''apabila engkau telah berazam, 
maka bertawakkallah kepada Allah''
Rutin harian bermula mingu exam, aku akan stay di masjid Badlishah UUM untuk belajar bersama sahabat. Mencari ketenangan dan cuba menghindar gangguan.. Aku tak nafikan memang banyak gangguan bila duk kat bilik, mana ngan katilnya, laptopnya, makan, tido, lappy je kejanya.. study..haaarrrammjadah!! (ciss.. blajar ngan sapa la cakap macam ni nim. haha.. maaf PM1M, aku pinjam ayat ang jap..). 
sambung balik.. Boleh kira ngan jari berapa kali aku buka buku untuk study. Sebelum menghancurkan result final exam, baik aku angkat kaki keluar dari bilik. Kalau tak fully keluar pun biarlah sekadar aku mencari kekuatan di luar sana bersama sahabat yang lain. Nak keluar dari bilik terus tak boleh, aku masih punya roomate k. Tak sanggup nak tinggalkan dia bersendirian. Takut jugak nanti aku dicop zalim sebab tak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang roomate. 


Iktikaf di masjid, selalu bangun qiam, buat ibadah sunat, puasa sunat dan sewaktu dengannya, aku kira itu perkara positif yang aku lakukan musim exam dan kurang kerjakan pada hari biasa. Lantas timbul satu persoalan dibenak fikiran, bermusimkah aku mendekati Tuhan?

Dengan ini,, Wahai diri aku yang kerdil, muhasabahlah dirimu,
untuk siapa kau kerjakan amalanmu?
adakah untuk Tuhan atau untuk kepentingan dirimu sendiri?
adakah kerana sahabat atau..
sekadar untuk peroleh result final exam yang mumtaz?
mengapa masjid itu menambat hatimu?
kerana ketenangannya atau kerana sahabatmu disana?
atau kerana si dia yang engkau suka sentiasa berkunjung ke rumah Allah itu? 

Tanya pada hatimu dan andai hatimu menjawab,
tidak! bukan! semua sangkaanmu adalah salah sama sekali,

jangan! berhusnul zhon dengan diri.. engkau sangat kejam menuduhku sebegitu.. 

Jadi, buktikan! buktikan bahawa dirimu benar. Istiqomahlah dalam amalan, beramallah dengan ilmu yang dicari, tajdidkan niat, islahkan dirimu dengan perkara kebaikan.
Lakukan semuanya kerana Allah swt dan berazamlah, kerana.. 

''Apabila engkau telah membulatkan tekad yakni berazam, maka bertawakkallah kepada Allah, sungguh Allah mencintai hamba yang bertawakkal kepadanya..'' 


No comments:

Post a Comment