‘’Cintaku buatmu bagaikan
huruf-huruf yang terpatri di setiap helaian kitab.’’
‘’Cintaku buatmu bagai
lautan air yang mengalir tanpa tepi.’’
‘’Cintaku buatmu seperti
setianya sang awan kepada kekasihnya sang langit. Biarpun hujan mengguruh
menimpa bumi, awan tetap dalam dakapan sang langit.’’
Kitab Cinta. Untaian kalimah
cinta dari drama Kitab Cinta. Banyak pengajaran yang aku dapat dari filem yang
dikatakan mirip kisah Nabi Yusuf dan Zulaikha ini. Watak seperti Wali, Mustika,
Irfan, Kartika dan lain-lain seperti menggambarkan sebahagian perwatakan yang
ada pada aku dan mereka disekeliling aku. Pertemuan Mustika dan Wali dirancang
oleh Allah untuk menguji hati hamba Allah seperti Wali dan menjadi asbab kepada
kembalinya Mustika kepada jalan yang benar. Aku terpegun dengan kesetiaan dan
keikhlasan Irfan dalam mengorbankan hati dan perasaan untuk sahabatnya, Wali. Meskipun
dia ada perasaan terhadapa Mustika, tapi dia tetap ikhlas membantu
mempertemukan Mustika yang saat tu dibayangi kegilaan terhadap Wali, persis
seperti kegilaan cinta Zulaikha terhadap Nabi Yusuf.
Aku cuba memahami watak Wali yang sebenarnya. Seorang
yang alim, kuat iman, bertanggungjawab, berpandangan jauh dan seorang pencinta
yang setia kepada tuhan, rasul, ibubapa, sahabat dan juga kepada Mustika. Cinta
kepada wanita tidak membutakan Wali kepada hakikat yang sebenarnya dia si miskin
yang tidak setaraf untuk bersama Mustika. itu sebab utama kenapa Wali tidak
ingin mengahwini Mustika. Pandangan aku melihat Wali tidak berusaha untuk majukan
dirinya, mencukupkan diri untuk melayakkan diri bersama Mustika dan aku sedikit
geram bila Wali sering melarikan diri dari masalah yang menimpa mereka. Pada
mulanya aku fikir Wali agak lambat bertindak tapi sebenarnya dia seorang yang
tidak berburu-buru dalam membuat keputusan.. Dia telah membuktikan yang dia menyayangi
Mustika melebihi sayangnya kepada diri sendiri namun tidak menandingi sayangnya
kepada tuhan.
Mustika, berhasil memainkan
peranannya sepersis Zulaikha. Terlalu cinta kepada Wali sehingga sanggup pergi
ke Acheh hanya berbekalkan sepucuk surat, seuntai puisi daripada Wali. Kadang-kadang
geram juga dengan watak Mustika ni yang begitu terkejar-kejar cinta Wali, macam
perigi cari timba, buta matanya dengan cinta, tapi akhirnya dia sedar juga
hakikat yang dia tak boleh bersama Wali. Allah mengujinya dengan penyakit hati
yang kronik sehingga dia memerlukan penderma hati yang baru. Pengajaran buatku,
cinta jangan sampai meminggirkan kedua orang tua, sahabat sendiri dan
berpada-padalah. J
Irfan, seorang sahabat yang
setia. Pengorbanan dia kepada Wali dan Mustika bukanlah sesuatu yang boleh
dipandang enteng. Setia dan tidak khianat kepada Wali walaupun masa tu susahnya
bagi Wali untuk faham bahawa seorang sahabat perlu setia berada disamping
sahabatnya dalam menghadapi dan menyelesaikan masalah bersama-sama, bukannya
lari dari sahabat dengan niat untuk menyelesaikan masalah. Aku belajar untuk
menjadi sahabat yang setia J.
Kisah ni mengundang banyak
persoalan. Begitu banyak watak baru yang muncul antara Wali, Mustika dan Irfan
buat aku tertanya-tanya apa peranan Kartika, Karmila, Daniel dan Iqbal dalam
hidup mereka.
Penamatnya, Mustika telah memiliki
hati Wali sehingga nafas terakhirnya dan mungkin juga hingga syurga. Hati Wali
mungkin tidak layak untuk bersama Mustika tapi bagaimana Mustika mahu menolak apabila
hati Wali sudah berada dalam tubuhnya. Walaupun Wali tidak dapat bersama
Mustika, tapi hati Wali akan tetap bersama Mustika selamanya. J
Cinta tidak semestinya memiliki.
No comments:
Post a Comment