Tuesday, 13 August 2013

Balik kampung...ohohho

30 May malam Jumaat, aku meninggalkan UUM, naik bas di stesen Changlun untuk ke Kota Bharu. Malam tu, aku naik kereta sewa Pak Cik Haris. Masuk kali ni, dah 4 kali kot aku pakai khidmat dia. Cuba untuk mencari pemandu yang familiar ngan diri, sebab tak de teman. Eratkan langkahan kaki dan tawakkal kepada Allah. Moga Allah memelihara aku dari malapetaka yang tidak berbau.
Dalam perjalanan ke Changlun, suasana riuh dengan perbual kami berdua. Riuh ke? Memang aku sendiri bukanlah sorang yang mudah berbual mesra dengan orang yang tak dikenali, tapi saat tu aku cuba sesuaikan diri dengan keadaan dan persekitaran. Sebijik macam gaya camourflage. Dalam perbualan yang start dengan kisah family, asal, majlis perkahwinan, sampailah ke bab yang paling panas, POLITIK. Rupanya pak cik ni orang UMNO. Dan kemelayuan UMNOnya terserlah dalam percakapannya. Macam-macam  dia cerita pasal Pas gabung BN, tolak PKR la, tolak Anwar Ibrahim la, macam-macam ada. Pak cik sokong gabungan Pas dan BN, katanya biar kaum Melayu bersatu. Jangan kasi ‘can’ kat Cina perintah  Negara. Nak ja aku tanya, pak cik rasis sangat ngan Cina ni pasai pa? macam la BN tu parti komponen UMNO dan MIC saja. Tak terluah melainkan aku angguk  mengiyakan je kata-kata dia.

.......................................................................................

Dalam kul 8.40 malam, bas Shamisha sampai di Changlun. Alhamdulillah, aku duduk di seat perseorangan  dalam bas tu. Disebabkan bas berhenti di 3 stesen untuk mengambil orang yakni di Changlun, Alor Setar dan last di Sg Petani. aku kira agak lewat untuk meninggalkan bumi Kedah. Dalam kegelapan bas, terdengar perbualan sorang hamba Allah,
‘’ Aku baru naik bas kat Sg Petani nim, sapa Kelate aku turun kat KB. Mung tahu dok aku duk sbeloh sapo? aku duk sbeloh Obina wehh.. ‘’
Lama gak aku loading, Obina? Macam pernah dengar nama tu, laa.. Obina player import TRW Kelate ke. Aku jelling seat sebelah mamat tu, sorang negro dan kawan dia. Cehh.. patut la. Mentang2 Obina dan foreigner tu sama Negara, boleh plak mamat tu samakan dia ngan Obina.

…………………………………………………………………………………….

Perjalanan bas tu agak perlahan, aku sampai di perhentian Tanah Merah pada pukul 5.15 pagi. Pada mulanya, ingat nak turun kat Kota Bharu dan ambik peluang untuk dengar kuliah kat Medan ilmu, tapi rasa cam tak larat pulak dan decide untuk turun kat Tanah Merah. Abang aku, En Park Jue, mai ambik kat situ, and tepat azan subuh berkemundang, kami berhenti solat Subuh di masjid berdekatan.
Nak dijadikan cerita, aku tak pernah datang masjid kawasan tu, tapi Alhamdulillah, jumpa juga toilet dan ruang solat muslimat kat mana. Masa nak ambik wudhuk, sorang kakak datang kat aku. Pelik. Kakak ni nak apa. Aku tak kenal dia pun.
‘’dik, bleh tukar selipar tak?
‘’Huh? Kenapa mesti selipar yang saya pakai?’’
‘’dik, tu selipar kak sebenarnya.’’
Laa… maaf kak. Saya tak tau.
Nak ja aku cakap. ‘’maaf kak, Saya ingatkan ni selipar jamban tapi tak terluah takut kakak tu terasa hati.... 
Selesai solat subuh, terus je ke tempat letak kereta. Tak mahu abang tertunggu-tunggu pulak. Ye la. Biasanya lelaki ni deraih je nak cepat. Ingatkan dia yang tunggu aku, aleh2, aku pulak yang tunggu dia. Hurmm.. memang la.
Abang aku sorang yang soleh, tapi perangai brutal dan kurang sikit segannya tu tetap ada. teeeettt… Malaih nak cakap lelebih pasal sikap kurang penyegannya ni.

 ………………………………………………………………………….

Pagi tu,selera bersarapan dengan nasi ayam buatan ibu. Sedapp.. syok bercerita itu ini, terasa rindu pulak ngan anak buah, Sofiya. Mak pun cakap, yang abang aku yang sorang ni jarang balik akhir-akhir ni. uishhh.. busy makan gulai letteww.. Disebabkan kepenatan yang masih tersisa, aku tertidur.
Tak lama, dalam sejam lepas tu, dikejutkan oleh adik, Suhaili, ada panggilan telefon untuk aku.   Dengan mata yang masih terpisat-pisat dan suara yang serak,aku jawab juga panggilan yang tak pasti dari siapa.Terdengar suara lelaki menyahut, suara serak dan percakapan yang tidak teratur sedang meng’explain’ sesuatu. Telinga cuba menangkap butiran percakapannya dan mengecam gerangan si pemanggil. Kah kah kah!! Abang aku rupanya. confirm dia baru bangun tidur..  mentang-mentang  la hari ni cuti kerja boleh pulak dia sambung membuta. 2 x 5 je ngan aku. Aku tersenyum dengan mata yang masih terpejam mengenangkan kami 2 beradik yang tak banyak beza perangainya . Like brother like sister..  abang aku, Zarimiey Emiey, bagitahu tak dapat balik rumah dan bawa Sofea, anaknya hari ni. Katanya, dia nak pegi makan gulai. Janjinya, akan datang esok hari. Ohhh.. mesti dia dah baca mesej yang aku hantar kat ibu Sofea sebelum lena tadi.

OK. Penat menaip, petang ni akan ke rumah kakak pula di Pasir Mas. Sabar menahan rindu buat Aizat Syahmi yang baru beberapa minggu dlahirkan. J



No comments:

Post a Comment