Saturday, 17 December 2011

Taklifan Pertama



          Satu malam, saya menerima mesej dari seorang sahabat jauh. Jauh kerana kami memang tidak rapat. Dia seorang mahasiswa senior sem 5 yang saya kenal hanya kerana kami mengambil course yang sama iaitu Pentadbiran Muamalat. Sedangkan saya hanya student semester 1. Pelik bila terima mesej daripada dia pada waktu malam. Dalam hati saya menduga mungkin dia ada benda penting yang nak diberitahu  sebab selama ni kami hanya berhubung bila ada urusan penting sahaja.
‘’Salam Hidayah. Audi ni.(bukan nama sebenar..hehe)
‘’Walaikumsalam. Ya..ada apa?’’
‘’Saya nak tanya awak sesuatu ni.’’
‘’Tanyalah?’’
          ‘’Awak percaya tak kalau saya cakap yang awak boleh memegang amanah dan menjadi pemimpin? Saya mengharapkan awak untuk memimpin kelab Muamalat. Saya percaya awak boleh sebab saya tengok potensi dan sikap awak yang tegas dan berani mencuba sesuatu yang baru. Saya tengok masa orientasi hari tu.’’
          ‘’Apa yang awak tahu tentang saya. Maksud saya apa yang awak tengok masa orientasi?’’
          ‘’Saya hanya nak kelab mempunyai pemimpin yang layak yang menggantikan saya. Dan saya tengok awak ada potensi tu.’’
          ‘’Alhamdulillah ada yang mempercayai saya. Tapi, kenapa awak cakap macam nak pergi jauh
je?’’
          ‘’Bukan. Saya rasa awak layak untuk memimpin Kelab Muamalat. Saya amat sayang akan kelab pentadbiran muamalat ni. Saya nak seseorang yang berkelayakan macam awak untuk memimpin kelab pentadbiran muamalat. ‘’
          ‘’Subhanallah..saya tak pernah terpikir pun untuk memegang jawatan dalam kelab. Dan amanah tu adalah amat berat.’’
          ‘’Ya.. saya tahu dan saya tak memaksa Hidayah. Sebelum buat keputusan tu, buatlah solat sunat istikharah dulu sebab tulah benda yang saya buat sewaktu memilih Hidayah. Insyallah..’’
………………………………….……………………………………….
          Dalam dilema..hehe. Itulah yang saya rasa masa tu. Antara amanah yang nak dipertanggungjawabkan, mampukah saya laksanakan sedangkan pada masa yang sama saya dah banyak memikul amanah di atas bahu. Masyallah..berbolak-balik hati saya untuk terima jawatan tu.
……………………………………….……………………………………….

‘’Assalamualaikum..  Tahniah sahabatku.. ‘’
‘’Waalaikumsalam.. Tahniah dan takziah bt saya. Terima kasih ye abang Audi sebab bagi support.’’
          ‘’Em, jaga elok2 ye kelab.. buat yang lebih baik tau. Semalam nak jumpa Hidayah. Tapi tak apa lah. n, semalam sy mampu berdoa utk pelantikan yg baru dan pembubaran yg lama.. ‘’
          ‘’Insyallah..sama2 kita naikkan kelab muamlat..sumbangan abang Audi bukan setakat kt sini je. Kelab Muamalat masih memerlukan abang  Audi walaupun bukan sebagai kepimipinan kelab.’’
‘’InsyaAllah..amin..’’
‘’mohon beri tunjuk ajar pada saya yang hina ni..’’
‘’sama2 kita berkongsi ilmu.. ^^’’
          ‘’Jadi mentor sy ye. Oklah. Saya minta diri nk siap pergi ko-k dulu..assalamualaikum..psst..comel la gambar profile..hehe;;
          ‘’InsyaAllah.. buat yang terbaik ea.. saya yakin n percaya kat Hidayah.. pstt ..comey mcm sy kan? kih3.. Waalaikumussalam’’
……………………………………….……………………………………….
          Rasminya, malam tu saya memegang jawatan Exco Penerbitan dan Publisiti menggantikan abang Audi.. MasyaAllah. beratnya bukan seperti memikul batu di atas bahu, malah lebih berat dari itu.. Saya mmbawa amanah yang begitu besar.. mampukah saya lakukannya..
          'Sesungguhnya Allah SWT tidak akan membebani seseorang itu melebihi apa yang dia mampu..'
Subhanallah..Hasbunallah wani'malyaqeen..
Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment