Saturday, 22 September 2018

Sept 23, 2018

It’s been a while since I haven’t post anything in my blog. A lot of thing has been change. I’m not the same person that any person ever known. Not even myself know it.

Cuba untuk jadi diri sendiri. Tapi diri sendiri yang macam mana aku nak jadi. Aku tak tahu  It’s complicated. Macam aku dah tak kenal diri sendiri and of course there are reasons behind all these.

Hidup kalau tak diuji memang tak sah kan. Tapi sekuat mana, seteguh mana keyakinan dan kekuatan kita untuk hadapi semua tu, hanya kita yang tahu dan tentukan. Sejauh mana aku diuji itu pun hanya aku yang tahu.

Aku masih belajar untuk nilai dan  terima kekurangan diri. Aku perlukan masa untuk itu.

Tuesday, 10 October 2017

Reset Minda

Hari baru, semangat baru. Energi pun luar biasa baru. Aku reset minda yang penuh dengan masalah dan pekara negatif. Otak tak harus penat memikirkan masalah di hari-hari. Masalah sentiasa ada, cara mengatasinya juga pasti ada. It takes time to solve everything. Take e deep breathe and embrace everything.

Cara hidup mainkan peranan penting. Aku akui hidup semacam zombie sebelum ni. Bangun pagi, pegi kerja, stress, balik kerja, tidur dan ulang lagi. Masalah sentiasa datang tapi tak pergi. Lebih- lebih lagi bagi aku yang baru je nak mulakan hidup bersuami dan nanti bakal beranak.

Mula-mula semua tampak manis, bertambah manis bila aku disahkan mengandung. Alhamdulillah, aku bersyukur dengan rezeki ni. Tapi hari ke hari dugaan pasti datang. Walau usia perkahwinan masih baru. Baru 2 bulan. 

Wednesday, 30 March 2016

Masih Adakah Bahagia

Dia cuba memadamkan kesakitan dengan kesakitan yang lain. Walaupun yang dirasai hanyalah pedih namun ianya sedikit berkurang. Dia fikir, mungkin itu jalan yang terbaik saat tu, kerana tidak ada sabar dalam menghadapi ujian, atau mungkin kesabaran itu sudah capai puncaknya lalu dia putus asa untuk bahagia.

Ramai yang kata. ‘’Masa boleh mengubati segala’’.

Dia tanya, ‘’berapa lama?’’ Untuk menunggu masa tu sampai pun bagai separuh nyawa hilang.

‘’Kehidupan perlu diteruskan’’.

‘’Memang. Siapa yang mahu mati kalau tahu dosa menggunung tinggi.’’

Lalu dia jalani kehidupannya seperti patung yang hidup. Dia memilih antara hidup dan mati. Senyum, gelak tawa, kadang-kadang terhias dibibir, tapi hanya sekejap cuma. Hakikat, jiwanya adalah kosong.

Terkadang hadir keinsafan. Lalu ditadahnya tangan, dipanjangkan doa pada tuhannya. Mohon diberi kekuatan, diberikan jalan keluar yang terbaik, mohon dipegang hatinya dan dibangkitkan kembali jiwanya yang telah mati.
‘’Seandai tiada bahagia untukku di dunia, berikan bahagia untukku di akhirat sana.’’ rintihnya.





Tuesday, 31 March 2015

Seriously, Ubat Tinggi??

Sebulan lepas ada terpandang satu iklan ni kat fb, dan tak sengaja terbaca iklan tu. Tentang supplement peninggi badan.

Respon mula-mula,
 " mehhh.. ubat peninggi badan. Macam la aku percaya benda2 mcm ni. Tak de maknanya. Kalau dah kontot tu, kontot la jugak.  Comel apa.. "

But then, minggu lepas, hati tergerak nak baca balik iklan tu kat page ni,

Info produk jenama Tiens dari page ni, barulah tahu supplement Calcium dan Zinc tu bukan sekadar untuk tinggi je, tapi jugak untuk kuatkan tulang dan tingkatkan kadar metabolism badan. Jadi kebaikan dia lagi penting daripada nak tinggikan badan.


Bila fikir-fikir balik aku ni bukan kontot tak seimbang tubuh badan. Walaupun berat 49 kg, tapi rangka  tulang aku kecik, harap isi badan je banyak. Ukuran BMI pulak seimbang and cukup2 makan je.  I think dah tiba masa untuk consume benda ni supaya tubuh badan lebih sihat dan yang penting badan tak cepat penat. Seriously, badan aku memang cepat penat daripada dulu lagi. Tak dak stamina. Sebab tu lah kalau kat sekolah dulu-dulu, paling liat nak bersukan dan olahraga. Mengulat je kerjanya.. ekekek... Jangan jadi macam ni ye..

So why not I try, dan tengok dalam masa sebulan ni berkesan ke tak. Buat masa sekarang, dah dapat rasa kesan dia walaupun baru amik seminggu. So, teruskan sampai sebulan and tengok hasilnya. Mana tau, kitgi, jadi kuat macam superman ke, hulk ke, Johm Stanham  ke, kann??? Hik3..

Tuesday, 24 March 2015

Practically, Its Complicated.

Akhirnya, ada jugak masa menjengah blog ni lepas sekian lama terbiar.  Hampir 2 bulan kerjanya mengupdate website dan blog company, sampai menganak tirikan blog sendiri. Kalaulah blog ni ada hati ngan perasaan, rasanya dah lama dia merajuk, putus hubungan ngan aku. 

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan ke 2 praktikal. Tolak campur darab bahagi,, agak-agak ada dalam 2 bulan lagi nak tamatkan tempoh praktikal kat Era Edar ni. Uhhh.. tak sabarnya nak habis dan mulakan hidup baru. Hehe..


Cerita pasal praktikal. One sentence: Its very complicated. Macam-macam feeling yang aku ngan 5 orang lagi Era Edar 6 Flowers rasai sepanjang tempoh praktikal.. ececehh..gelaran tak leh blah. Kami berenam.. erkk.. bukann.. aku rasa berlapan pasai tambah 2 orang lagi jejaka Melayu Terakhir kat sini, Izrul ngan Irwan. Hehe… :D . Memang bukan setakat 6 flowers and 2 bees, but its more and more than that. Strong women, ultra workers, company’s hopes, segala gelaran yang bleh gambarkan yang kamilah segala-galanya untuk Femme Modenhaus. Kalo tak de kami, maka tak bergeraklah Femme Modenhaus lani. Ehh… sat. Femme Modenhaus ni apa benda pulak? Bukan praktikal kat Era Edar ke? Dari mana datangnya Femme Modenhaus ni. 

Bagi nak kurangkan kepeningan korang2 seme, meh nak ceritakan sikit tentang Femme Modenhaus. Femme Modenhaus ni sebenarnya salah satu anak syarikat bawah KUSDA Holdings dan adik bongsu pada Era Edar Marketing. Kiranya, KUSDA Holdings tu mak bapak dan anak-anak dia, Era Edar, Homeolab, Koperasi, PDA, PPHB, Chocen Wrapper, SPA dan Femme Modenhaus. haa.. giteeww.. Rasanya stakat tu je kot yang aku bleh cerita. Almaklumla, undang-undang company ni bbaaapak ketat sampai aku kena sound ritu pasal update tentang satu event ni.. hua3.. padan muka.


For more information, jangan segan-segan nak menjenguk link di bawah ni:

Laman web femmemodenhaus.webs.com , 
untuk blog, bleh tekan femmemodenhaus.blogspot.com ,
Instagram Femme.Modenhaus.Online dan last but not least, 
Laman FB, page FEMME Modenhaus.

Ok, selamat.. :D

Friday, 6 February 2015

Susahnya nak buat keputusan!! #_#

In the first place, I should have set my goals at least for this 5 years onward. But what happen nah? Aku memang kenal sangat ngan diri aku ni. Boleh buat perancangan yang hebat tapi perlaksanaannya belum cukup disiplin, teratur dan penuh mujahadah gitu. Hasilnya, matlamat tu takkan tercapai dalam masa yang ditetapkan. Ni bukan sekadar cerita je, tapi kisah benar seorang yang dikenali dengan nama Hidayah Shamsudeen. Ehehe.. :P


Kadang-kadang, aku sendiri walau diberi 1000 tahun sekalipun untuk buat sesuatu keputusan, aku tetap takkan mampu buat keputusan yang terbaik dan puaskan hati. Yup, walaupun bukan dalam semua benda but it’s happen in a certain time. Especially bila buat keputusan dalam masa yang singkat dan perlukan kata putus time tu jugak. That’s why dalam Islam sendiri ada konsep syura bila nak buat sesuatu keputusan yang berkaitan agama. Tapi dalam konteks individu macam aku ni, maybe aku bleh tanya gak pendapat orang lain dan buat pertimbangan dengan akal yang sihat. Kuncinya, jangan TERBURU-BURU. Yaa.. itu dia. Selama ni aku belajar banyak teori tapi belum tentu dapat praktikkan dengan betul. Urghh.. susah. Susah bila time nak amalikan benda teori ni tanpa mujahadah yang benar. errr.. haraki betul aku malam ni dengan patah-patah perkataan Islamik.


Jadinya, macam mana nak buat keputusan yang terbaik dan mampu beri kita ketenangan hati. Ok, apa yang aku listkan kat sini based pada pengalaman sendiri. Bila tiba bab nak buat keputusan yang penting, antara benda yang perlu titik berat adalah:

1)      Jangan terburu-buru (ingat..ingat..ingat.. penting nih. Lebih-lebih lagi bila tiba bab benda yang penting macam nak pilih bidang pengajian, kerja, nikah kahwin, well lagi banyak keputusan penting yang nak kena buat lebih-lebih lagi bila dah kahwin.. so, please. Jangan terburu-buru and it’s ok to take a little time to think)
2)      Minta petunjuk Allah. (yang ni paling penting. Banyakkan solat istikharah, doa dan macam-macam lagi. Petunjuk Allah tu boleh dating dalam pelbagai bentuk. Mimpi, ilham dari hati atau dari orang lain.. sapa tahu kan.
3)      Tanya pendapat orang lain (haaa,,, jangan pandai-pandai buat keputusan dengan kepala otak sendiri lebih-lebih lagi benda yang turut libatkan orang lain. Kalau pun benda tu tak libatkan orang lain, bleh juga kutip pandangan orang lain yang lebih berpengalaman terutamanya mak ayah, adik badik, kawan-kawan. )
4)      Bukan bermakna kena terima pendapat orang lain secara bulat-bulat tapi mesti dengan pertimbangan akal waras. Jangan lurus sangat  terima bulat-bulat pendapat orang lain bleh x? kadang-kadang situasi kau dengan orang tu tak sama dan dia tak faham. So, ada akal, pandai-pandailah nilai yang mana sesuai dan tak.
5)      Redha + tawakkal dengan apa je outcome atas keputusan yang dah dibuat. OK. Paling penting Jangan nak salahkan orang lain dengan hasil yang tak memuaskan. Salahkan diri sendiri takpe. Huhu.. just kidding.
6)      Believe in Allah and yourself! No matter what the outcome is, just believe that you have done a great job especially when you dare to make a decision.  OK :)

Then, all the best!!

Friday, 9 January 2015

Bakal Graduan Muamalat :3

Geng Cuat Muamalat. Sorang je yang bukan course Muamalat kat sini.
Selesai menghabisi 3/5 dari paper exam untuk semester akhir bagi tahun akhir ni.. Yeayyy... dah nak habis belajar. Alhamdulillah.. tapi bila pikirkan ada 2 lagi paper yang belum lepas, terpaksa la hold dulu rasa nak ber'yeaayyy'' tu. Satu paper Bahasa Arab dan satu lagi paper Islamic Banking Operation yang bagi aku student Muamalat ni, paper tu memang susah gila. Aku tak abis pikir kenapa la boleh ambik subjek yang bleh kata killer sebagai elektif program. urgghhh.. ada gak rasa menyesal sikit tapi tak pelah. Life must go on. Tak boleh putus asa dulu, Dalam masa 5 hari ni kena pulun study untuk paper IBO. Paper Bahasa Arab tak risau sangat sebab tak susah mana.. bukan nak kata pandai Arab tapi memang kenyataan paper Bahasa Arab 1 tu senang. hahah..

In the deep of my heart, terselit gak rasa sedih nak tinggalkan student life ni. Selama 4 tahun kat sini, macam sekejap sangat. Zaman sekolah lagi panjang.huhu.. Selama 4 tahun bergelar student Muamalat, dan tak lama lagi bakal bergelar graduan Muamalat dari UUM, ok. layak ke nak dapat gelaran tu dengan ilmu yang tak seberapa ni. Segulung ijazah tu tak membawa makna tanpa ilmu yang sahih dan bermanfaat yang akan dipraktikkan dalam kehidupan sebenar. Think deep and big Hidayah! You can do it!


Seusai kelas last seminar Muamalat. Ust. Muhammad tak nak join amik gambar. Entah rushing nak gi mana tak tahu la.. tapi se hal. aku nampak gemuk dalam ni. Padahal keding je. Pendek tu memang tak dinafikan.. 

Friday, 19 September 2014

Syukur, mustajabnya doa..

Assalamualaikum.. buat pembaca sekalian.. ehh.. tetiba jadi Islamic skit hari ni.. huk2..

Tringin nak update blog cepat-cepat lepas update post yang lepas pasal Panduan Pilih Jodoh tapi baru hari ni berkesempatan untuk update. Sebabnya laptopku rosak dan perlu dibaiki, Disebabkan aku yang kedekut ni, aku tak nak baiki laptop tu, malahan aku nak pinjam laptop kakakku sementara nak beli laptop baru ni. Yer la, laptop yang sekarang ni memang uzur sangat. Aku rasa tak berbaloi nak baiki dia. Baik beli yang baru je, Tunggu kerja dulu la maknanya..huhu.

Minggu lepas aku hampir jadi penunggu bangunan COB. Mmm.. aku tengah tunggu seseorang, nak je ketuk bilik dia kat bangunan tu, tapi aku tak cukup berani, jadinya, tercegat la sorang-sorang kat situ menunggu dia tapi langsung tak pernah jumpa.

Tapi Alhamdulillah, aku tak putus harapan. Masa mustajab doa je, mesti aku ambil kesempatan ni untuk berdoa moga-moga dapatlah aku jumpa dia. Moga-moga dialah yang aku nantikan selama ni. Pendamping hidup aku. Alhamdulillah doa aku termakbul. Dalam lebatya hujan, dengan hati yang berdebar-debar, aku nampak dia kat tempat jual paper. Masa tu, hati ni rasa terharu sangat, bersyukur sebab Allah tunaikan hajat aku untuk berjumpa dengan dia, walaupun hanya sekadar untuk lemparkan senyuman. Ceettt... Makbulnya doa aku masa tu, senyum ni melebar je sepanjang jalan. =)

Alhamdulillah, terima kasih Allah. Dia dah clearkan segala rasa yang berkecamuk dalam hati aku ni. InsyaAllah, mulai sekarang aku akan sentiasa perbaiki ibadah dan doa-doa aku. Doa yang baik-bbaik je dan terbaik. Lagi satu, jangan remehkan pada saat waktu mustajabnya doa. Rebut peluang waktu mustajabnya doa untuk doa sungguh-sungguh. Nak tau tak bila waktu mustajabnya doa. Antaranya, ketika hujan (time ni pintu rahmat Allah terbuka), ketika azan hingga iqomat, selepas solat,  ketika sujud, lepas baca tahiyat akhir, pada waktu sepertiga malam, antara 2 khutbah jumaat, waktu dhuha dan banyak lagi. aku bagi 8 je kat sini, kalau bagi banyak tapi tak amalkan tak guna jugak kan. pheett.. kasi sentap sikit,

Anda juga mungkin meminati:

Thursday, 11 September 2014

Panduan Pilih Jodoh.. :3

Masa kecik-kecik dulu, tak matang sangat, dan aku selalu persoalkan kenapa ada perempuan cantik pilih laki tak hensem sebagai teman hidup. Kenapa pulak lelaki hensem dapat perempuan yang tak berapa cantik sebagai teman hidup dia? kenapa? kenapa? Chesss..

Masa tu aku rasa, aishhh... suami dia tak hensem dan tak sepadan ngan dia yang cantik tu, dia tak segan ke ngan orang yang memandang? Dan lelaki tu pulak, tak takut ke, isteri dia cantik dan mesti ramai orang yang suka dan minat kat isteri dia.

Sekarang, bila dah matang sikit.. sikit je la.. ekekeke.. baru aku paham kenapa.. bila kita dah mula 'ter'suka kat seseorang tu, kita dah tak kisah diri dia cantik ke hodoh ke, hensem ke tak ke, kaya atau  miskin, pandai ke tak, muda ke tua dan macam-macam lagi.. Bila dah suka tu semuanya nampak indah kat pandangan mata, pendek nampak macam tinggi, bulat nampak comel, tua nampak muda, sampai yang garang pun nampak tak garang..hahah,, Macam kenal je ciri-ciri ni.. :3

Pokoknya, penampilan luaran tu tak sampai 50% penentu kenapa kita suka seseorang tu. Contoh kalau aku, penampilan luaran dia aku tak minta banyak. Janji dia bersih, kemas dan muka ada 'nur'.. huhu.. cett.. tak banyak konon. Tapi apa yang penting, aku tengok peribadi dia, cara dia bersosial, kematangan dia dan walaupun dia nampak garang sikit pun, garang dia bertempat dan relevan. Walaupun yang kena marah tu adalah aku (sambil jari tonjol kat dahi sendiri).

Sebagai seorang perempuan beragama Islam (muslimah), panduan mencari jodoh tu memang ada Nabi SAW tekankan. Pilih berdasarkan empat benda, harta, rupa, keturunan dan agama, maka beruntunglah dan sejahteralah mereka yang memilih kerana agama, Benda nilah yang Islam tekankan. Walau suka macam mana sekalipun kat seseorang tu tengoklah juga pada agamanya macam mana sebab bekalan di dunia yang kita nak bawa ka akhirat ni hanya atas jalan agama. erkk... aku tak pandai sangat cakap fasol agama ni, Nama je ambik course Muamalat kat u. bab bagi tazkirah, aku fail. huhu.. K. wassalam.

Friday, 29 August 2014

New Family

2 3 Minggu lepas, Lisa jemput aku hadir ke AGM AS. AS?? Apa kebenda ni? Kalu nak tau AGM AS ni lebih kurang pertemuan sahabat-sahabat matrik Pahang yang kebanyakannya dah jadi alumni matrik Pahang dari batch 6 sampai 11. Wahh.. macam family gathering dah.. Ye lah, daripada yang muda (umur baru nak masuk 20) sampai ke yang dah beranak-pinak hadir dalam gathering kali ni. Maunya tak syiokk. Rugi la sapa-sapa yang tak join perjumpaan ni. (kasi sentap skit..huhu).

    Pertemuan yang dijadualkan selama 3 hari 2 malam ni rasa macam cepat je berlalu. Walaupun mula-mula tu aku rasa berat hati sangat nak pergi sebab takut aku jadi rusa masuk kampung je, sorang-sorang kat situ sebab tak kenal sapa-sapa. Tapi ternyata aku silap. Bila dah ditakdirkan dengan tarbiah dari akar yang sama, maka pergi je mana-mana, InsyaAllah, pucuk, dahan, batang dari akar yang sama akan tetap terima kita. Yang penting misi kita sama dan tak lari. Dan yang penting jugak, kita kena berjiwa besar, menerima orang seadanya walaupun kita baru nak kenal orang tu.

   Paling mengujarkan aku ngan adik-beradik AS ni (ermm.. adik beradik la kan sebab dah macam family..) bila dia orang gelarkan aku dengan nama TIZ ZAQYAH sebab katanya muka kami ada iras. OMG.. Apa ke pekdahnya gelar aku dengan nama Tiz Zaqyah, dia bukannya femes pun, untung-untung samakan je aku dengan Siti Nurhaliza ke, Neelofa ke, Erra Fazira ke, depa femes.. .haha.. nak yang best je manjang. Ok.. behave.
  
Bila ditanya apa yang aku dapat kat sana. Maka teramatlah aku nak kongsikan serba sikit kat sini..
  • Dapat kenal organisasi alumni KMPh ni. Sistem depa tak sama dengan system kat kampus biasa. Kalu nak samakan, mungkin aku boleh samakan dengan pengalaman aku selama setahun dalam organisasi PERSADA (Persatuan Pelajar Darul Aman) sebab ia mengumpulkan pelajar-pelajar Kedah yang dari pelbagai kampus kat Kedah ni. Tapi system matrik ni lagi besar sebab ianya melibatkan bekas pelajar matrik dari pelusuk dunia (ada pelajar yang belajar kat Mesir gak). So, bila sentuh bab komitmen ahli ni, aku faham sangat dah, endak-endak bila ahli masing-masing berjauhan ni. Kalau nak tau PERSADA tu macam mana, nanti lain kali aku cerita pengalaman aku dalam PERSADA pulak..ok.
  • Dapat menyambung persaudaraan. Persaudaraan antara aku ngan batch aku sendiri agak suam-suam kuku sebelum ni.. kejap, suam-suam kuku tu macam mana ye? Hehe.. boleh kata tak rapat sangat la, jauh sebab dah lama tak berhubung dan tak saling- mengenali antara satu sama lain. So, bila dah pertama kali join ni, Alhamdulillah, bukan je boleh rapatkan balik hubungan yang renggang, malah dapat kenal adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, pakcik-pak cik yang tak pernah kenal sebelum ni. Mudah orang cakap, beri 1, dapat 2 la ni.
  • Dapat baju AS. Yayyyy.. dapat baju muslimah AS warna purple untuk koleksi baru.
  • Dan lain-lain.
Penat dah menaipnya. Sebenarnya aku mengharapkan dapat dengar taujihad jugak sikit daripada murabbi. Sebab, diri ni dahagakan kata-kata nasihat dan pesanan dari yang berpengalaman. Ye la, selama ni asyik duk dengar aduan pelajar je. Letih dah asyik menadah telinga mendengar aduan. Harap dapat rehatkan otak dan telinga dengar nasihat dan pesanan tapi tak dapat. Lain kali mungkin.

Friday, 6 June 2014

Dia Maha Tahu

Wooww.. Alhamdulillah, nikmat apakah yang aku dapat hari ni.
Dengan kesibukan kerja, megupdate kerja MPP, status, meeting, and prepare untuk final exam, akhirnya Allah kurniakan kelembutan hati seseorang untuk bagi tips exam yang aku rasa memang banyak membantu..hoho.. Alhamdulillah, bersyukur sangat-sangat. Ada juga yang berhati lembut, bersimpati dan sudi berkongsi SWOT/TOWS Matrix untuk study case MARVEL. Kalu nak suruh aku buat sendiri internal dan external analysis company, memang tak arh. Dia punya case study mau nak kena baca sampai 10 muka surat. Fuhh.. 7 hari 7 malam tak settle baca lagi, nak faham, lain kira pulak.


Allah is the creator. He is the best engineer. 
Kalau nak kira, memang aku anggap ini memang pertolongan dari Allah untuk aku. Minggu exam ni, memang aku banyak berperang ngan nafsu, kemahuan diri sendiri, emosi dan sensitiviti. Macam-macam benda aku fikir. Nak kata, time2 exam ni, iman memang kena kuat. Kalau tak, boleh gila dibuatnya dengan paper yang padat-padat, hendak-hendak aku yang dah final year ni dan takde rumet nak pantau. Dugaannya berat sangat tahun ni..

Allah.. kembali pada dia. Kadang-kadang, bila dah hati rasa berat sangat, tak tenang, gundah gulana, banyak benda yang buat aku tak puas hati, aku soalkan semuanya pada Allah, Dia pencipta aku. Walaupun Dia memang maha mengetahui, tapi dengan meluahkan pada dia lagi menunjukkan bahawa kita memang perlukan pertolongan Dia. Walaupun dalam doa dan sujud kita, kita takde sebut pun, kita perlukan pertolongan. Tapi nak kata, Dia Maha Mengetahui, dia dah tahu semuanya walaupun hanya dengan keluhan dan rinihan kita, bahkan air mata sekalipun. Allah, Maha Pengasihnya Dia dengan nikmat dan peluang yang Dia beri pada kita. Kita sedar ke tak je yang jadi persoalannya. Ok. Penat dah menaip. Nak sambung study dulu. Assalamualaikum. :)

Tuesday, 13 August 2013

Balik kampung...ohohho

30 May malam Jumaat, aku meninggalkan UUM, naik bas di stesen Changlun untuk ke Kota Bharu. Malam tu, aku naik kereta sewa Pak Cik Haris. Masuk kali ni, dah 4 kali kot aku pakai khidmat dia. Cuba untuk mencari pemandu yang familiar ngan diri, sebab tak de teman. Eratkan langkahan kaki dan tawakkal kepada Allah. Moga Allah memelihara aku dari malapetaka yang tidak berbau.
Dalam perjalanan ke Changlun, suasana riuh dengan perbual kami berdua. Riuh ke? Memang aku sendiri bukanlah sorang yang mudah berbual mesra dengan orang yang tak dikenali, tapi saat tu aku cuba sesuaikan diri dengan keadaan dan persekitaran. Sebijik macam gaya camourflage. Dalam perbualan yang start dengan kisah family, asal, majlis perkahwinan, sampailah ke bab yang paling panas, POLITIK. Rupanya pak cik ni orang UMNO. Dan kemelayuan UMNOnya terserlah dalam percakapannya. Macam-macam  dia cerita pasal Pas gabung BN, tolak PKR la, tolak Anwar Ibrahim la, macam-macam ada. Pak cik sokong gabungan Pas dan BN, katanya biar kaum Melayu bersatu. Jangan kasi ‘can’ kat Cina perintah  Negara. Nak ja aku tanya, pak cik rasis sangat ngan Cina ni pasai pa? macam la BN tu parti komponen UMNO dan MIC saja. Tak terluah melainkan aku angguk  mengiyakan je kata-kata dia.

.......................................................................................

Dalam kul 8.40 malam, bas Shamisha sampai di Changlun. Alhamdulillah, aku duduk di seat perseorangan  dalam bas tu. Disebabkan bas berhenti di 3 stesen untuk mengambil orang yakni di Changlun, Alor Setar dan last di Sg Petani. aku kira agak lewat untuk meninggalkan bumi Kedah. Dalam kegelapan bas, terdengar perbualan sorang hamba Allah,
‘’ Aku baru naik bas kat Sg Petani nim, sapa Kelate aku turun kat KB. Mung tahu dok aku duk sbeloh sapo? aku duk sbeloh Obina wehh.. ‘’
Lama gak aku loading, Obina? Macam pernah dengar nama tu, laa.. Obina player import TRW Kelate ke. Aku jelling seat sebelah mamat tu, sorang negro dan kawan dia. Cehh.. patut la. Mentang2 Obina dan foreigner tu sama Negara, boleh plak mamat tu samakan dia ngan Obina.

…………………………………………………………………………………….

Perjalanan bas tu agak perlahan, aku sampai di perhentian Tanah Merah pada pukul 5.15 pagi. Pada mulanya, ingat nak turun kat Kota Bharu dan ambik peluang untuk dengar kuliah kat Medan ilmu, tapi rasa cam tak larat pulak dan decide untuk turun kat Tanah Merah. Abang aku, En Park Jue, mai ambik kat situ, and tepat azan subuh berkemundang, kami berhenti solat Subuh di masjid berdekatan.
Nak dijadikan cerita, aku tak pernah datang masjid kawasan tu, tapi Alhamdulillah, jumpa juga toilet dan ruang solat muslimat kat mana. Masa nak ambik wudhuk, sorang kakak datang kat aku. Pelik. Kakak ni nak apa. Aku tak kenal dia pun.
‘’dik, bleh tukar selipar tak?
‘’Huh? Kenapa mesti selipar yang saya pakai?’’
‘’dik, tu selipar kak sebenarnya.’’
Laa… maaf kak. Saya tak tau.
Nak ja aku cakap. ‘’maaf kak, Saya ingatkan ni selipar jamban tapi tak terluah takut kakak tu terasa hati.... 
Selesai solat subuh, terus je ke tempat letak kereta. Tak mahu abang tertunggu-tunggu pulak. Ye la. Biasanya lelaki ni deraih je nak cepat. Ingatkan dia yang tunggu aku, aleh2, aku pulak yang tunggu dia. Hurmm.. memang la.
Abang aku sorang yang soleh, tapi perangai brutal dan kurang sikit segannya tu tetap ada. teeeettt… Malaih nak cakap lelebih pasal sikap kurang penyegannya ni.

 ………………………………………………………………………….

Pagi tu,selera bersarapan dengan nasi ayam buatan ibu. Sedapp.. syok bercerita itu ini, terasa rindu pulak ngan anak buah, Sofiya. Mak pun cakap, yang abang aku yang sorang ni jarang balik akhir-akhir ni. uishhh.. busy makan gulai letteww.. Disebabkan kepenatan yang masih tersisa, aku tertidur.
Tak lama, dalam sejam lepas tu, dikejutkan oleh adik, Suhaili, ada panggilan telefon untuk aku.   Dengan mata yang masih terpisat-pisat dan suara yang serak,aku jawab juga panggilan yang tak pasti dari siapa.Terdengar suara lelaki menyahut, suara serak dan percakapan yang tidak teratur sedang meng’explain’ sesuatu. Telinga cuba menangkap butiran percakapannya dan mengecam gerangan si pemanggil. Kah kah kah!! Abang aku rupanya. confirm dia baru bangun tidur..  mentang-mentang  la hari ni cuti kerja boleh pulak dia sambung membuta. 2 x 5 je ngan aku. Aku tersenyum dengan mata yang masih terpejam mengenangkan kami 2 beradik yang tak banyak beza perangainya . Like brother like sister..  abang aku, Zarimiey Emiey, bagitahu tak dapat balik rumah dan bawa Sofea, anaknya hari ni. Katanya, dia nak pegi makan gulai. Janjinya, akan datang esok hari. Ohhh.. mesti dia dah baca mesej yang aku hantar kat ibu Sofea sebelum lena tadi.

OK. Penat menaip, petang ni akan ke rumah kakak pula di Pasir Mas. Sabar menahan rindu buat Aizat Syahmi yang baru beberapa minggu dlahirkan. J



Thursday, 18 July 2013

Kitab Cinta


‘’Cintaku buatmu bagaikan huruf-huruf yang terpatri di setiap helaian kitab.’’
‘’Cintaku buatmu bagai lautan air yang mengalir tanpa tepi.’’
‘’Cintaku buatmu seperti setianya sang awan kepada kekasihnya sang langit. Biarpun hujan mengguruh menimpa bumi, awan tetap dalam dakapan sang langit.’’

Kitab Cinta. Untaian kalimah cinta dari drama Kitab Cinta. Banyak pengajaran yang aku dapat dari filem yang dikatakan mirip kisah Nabi Yusuf dan Zulaikha ini. Watak seperti Wali, Mustika, Irfan, Kartika dan lain-lain seperti menggambarkan sebahagian perwatakan yang ada pada aku dan mereka disekeliling aku. Pertemuan Mustika dan Wali dirancang oleh Allah untuk menguji hati hamba Allah seperti Wali dan menjadi asbab kepada kembalinya Mustika kepada jalan yang benar. Aku terpegun dengan kesetiaan dan keikhlasan Irfan dalam mengorbankan hati dan perasaan untuk sahabatnya, Wali. Meskipun dia ada perasaan terhadapa Mustika, tapi dia tetap ikhlas membantu mempertemukan Mustika yang saat tu dibayangi kegilaan terhadap Wali, persis seperti kegilaan cinta Zulaikha terhadap Nabi Yusuf.

 Aku cuba memahami watak Wali yang sebenarnya. Seorang yang alim, kuat iman, bertanggungjawab, berpandangan jauh dan seorang pencinta yang setia kepada tuhan, rasul, ibubapa, sahabat dan juga kepada Mustika. Cinta kepada wanita tidak membutakan Wali kepada hakikat yang sebenarnya dia si miskin yang tidak setaraf untuk bersama Mustika. itu sebab utama kenapa Wali tidak ingin mengahwini Mustika. Pandangan aku melihat Wali tidak berusaha untuk majukan dirinya, mencukupkan diri untuk melayakkan diri bersama Mustika dan aku sedikit geram bila Wali sering melarikan diri dari masalah yang menimpa mereka. Pada mulanya aku fikir Wali agak lambat bertindak tapi sebenarnya dia seorang yang tidak berburu-buru dalam membuat keputusan.. Dia telah membuktikan yang dia menyayangi Mustika melebihi sayangnya kepada diri sendiri namun tidak menandingi sayangnya kepada tuhan.

Mustika, berhasil memainkan peranannya sepersis Zulaikha. Terlalu cinta kepada Wali sehingga sanggup pergi ke Acheh hanya berbekalkan sepucuk surat, seuntai puisi daripada Wali. Kadang-kadang geram juga dengan watak Mustika ni yang begitu terkejar-kejar cinta Wali, macam perigi cari timba, buta matanya dengan cinta, tapi akhirnya dia sedar juga hakikat yang dia tak boleh bersama Wali. Allah mengujinya dengan penyakit hati yang kronik sehingga dia memerlukan penderma hati yang baru. Pengajaran buatku, cinta jangan sampai meminggirkan kedua orang tua, sahabat sendiri dan berpada-padalah. J

Irfan, seorang sahabat yang setia. Pengorbanan dia kepada Wali dan Mustika bukanlah sesuatu yang boleh dipandang enteng. Setia dan tidak khianat kepada Wali walaupun masa tu susahnya bagi Wali untuk faham bahawa seorang sahabat perlu setia berada disamping sahabatnya dalam menghadapi dan menyelesaikan masalah bersama-sama, bukannya lari dari sahabat dengan niat untuk menyelesaikan masalah. Aku belajar untuk menjadi sahabat yang setia J.

Kisah ni mengundang banyak persoalan. Begitu banyak watak baru yang muncul antara Wali, Mustika dan Irfan buat aku tertanya-tanya apa peranan Kartika, Karmila, Daniel dan Iqbal dalam hidup mereka.
Penamatnya, Mustika telah memiliki hati Wali sehingga nafas terakhirnya dan mungkin juga hingga syurga. Hati Wali mungkin tidak layak untuk bersama Mustika tapi bagaimana Mustika mahu menolak apabila hati Wali sudah berada dalam tubuhnya. Walaupun Wali tidak dapat bersama Mustika, tapi hati Wali akan tetap bersama Mustika selamanya. J

Cinta tidak semestinya memiliki.

Monday, 8 July 2013

Muslimat Akhlak Mahmudah..

Indahnya seorang muslimat sekiranya dia mampu menjaga dirinya dari pandangan mata lelaki. Muslimat yang menundukkan pandangannya dari memandang sesuatu yang tidak halal baginya. Allah, aku cuba menjadi seperti muslimat itu. Yang mana, dia seorang muslimat yang tidak memandang dan juga tidak dipandang, tidak menyebut dan juga tidak disebut, sewenang-wenangnya oleh lelaki yang tidak halal baginya. Sukarnya bagiku, Ya Robbi. Sukarnya menjadi muslimat berakhlak sebegitu. Muslimat yang digambarkan akhlaknya oleh Sayyidatina Aisyah R.A.
Aku menilai sebahagian sisi diri, dimana berlebihan dan berkurangannya. Aku mencari di mana kelebihan dan kekuatanku. Tidaklah kukatakan diri ini sempurna. Banyak cacat celanya. Aku belum mencapai akhlak seperti muslimat itu, tapi yang pasti aku akan terus mencuba dan mencuba mencapai targetku. Mohon kekuatan dari-Mu, Ya Rabb.

…………………………………………..

‘Si Dia’ Pasti Sepertiku..

Cuba untuk menjadi sesempurna hamba, meng’install’ akhlak mahmudah dalam diri, malahan aku  cuba untuk menjaga sekecil-kecil perkara yang dianggap enteng oleh sesetangah orang. Misalnya, aku tidak suka duduk di kerusi hadapan yang mana pemandunya lelaki ajnabi bagiku kerana hanya mahramku dan ‘si dia’ yang layak sahaja boleh duduk disamping. Aku tidak suka berseorangan dengan lelaki yang bukan mahram walaupun ditempat terbuka. Aku juga cuba mengelak daripada bergelak ketawa dengan lelaki bukan mahram tanpa sebab yang jelas, seperti juga aku tidak gemar ber’chating’ di FB maupun di Yahoo Mesenger tanpa keperluan dan tanpa adanya pemantau dan banyak lagi perkara yang aku cuba berpantang darinya.

Pasti ada yang tertanya-tanya, kenapa begitu bersusah payah menjaga diri walaupun perkara itu bukanlah maksiat yang sengaja dibuat dan kadang kala ia menjadi keperluan. Satu sahaja alasannya iaitu yakin bahawa ‘si dia’, bakal suamiku, yang masih menjadi rahsia Allah itu, tidak suka aku berkelakuan seperti itu sepertimana aku juga tidak suka sekiranya ‘si dia’ berkelakuan sebegitu dengan bukan mahramnya. Aku cemburu.

Perlu jelas akan percubaan ini. Aku masih berusaha menjadi sempurna walaupun mustahil dan aku yakin ‘si dia’ juga sedang berusaha sepertiku. Tidaklah aku mengharap dirinya sempurna melainkan dia turut berusaha menjadi sempurna. J
…………………………

Ada persoalan mahupun kritikan? Saya siap menerimanya. J

Tuesday, 28 May 2013

Friday, 17 May 2013

Timing

Malam ni, rumet saya terkejut,

''pasal apa awak rajin sangat malam ni? sampai kat bilik, teruih kemas bilik, buang sampah, tukar cadar, basuh kain, kemas almari, susun buku di rak dan etc.. ''

angin jenis apa yang bertiup sepoi2 bahasa kat awk malam ni..

saya jawab,

'' saya cuba gunakan masa secara optimum.. sebabnya saya tak tau bila lagi saya ada masa untuk kemas bilik.''  =3


........................................................

Malam ni, rumet saya terkejut,

''pasal apa awak rajin sangat beribadah sejak akhir2 ni? bangun qiam, berzikir, puasa sunat, sedekah, rajin ulangkaji pelajaran, jemaah kat masjid, tolong kerja Islam, call mak ayah & etc ''

angin jenis apa yang bertiup sepoi2 bahasa kat awk sejak akhir2 ni..

saya jawab,

'' saya cuba gunakan masa secara optimum.. sebabnya saya tak tau bila lagi saya ada masa untuk beribadah dan beramal. lebih tepat, saya tak tau lama mana lagi saya akan hidup, entah2 esoknya dah mati.. jangan lupa doakan amal saya nanti diterima oleh Allah.. '' =)

Statgun

Dalam kelas Statistic Gunaan tadi, ada sorang classmate ni, aku tak tahu nama dia tapi dia selalu duk depan  dalam kelas.. Nak dijadikan cerita, lepas cuti PRU 13 hari tu, entah macam mana aku mula prasan yang dah lama tak nampak dia.

Disebabkan nak tunjukkan keprihatin, aku pun tegur dia,


'Wehh,, lama x nampak. Hang gi mana''

dia pun pandang dengan pandangan yang susah untuk dimengertikan. 

Dia jawab:

'' tanya aku.., ang yang dah lama x mai kelas, camna nak nampak aku'' 

erkk.. :3

Tuesday, 26 March 2013

Sticker oh sticker..

K01: gambaran bagaimana mahasiswa UUM yang membawa kenderaan ke Universiti ditindas, dicekik darah mereka serta dikenakan caj yang amat mahal (RM50/SEM) hanya untuk mendapatkan  sekeping sticker kenderaan. Kalu takde benda ni student akan disaman..

KO2: Kalau dulu, student2 yang bawa moto ke UUM, selalu dilema dengan kenderaan mereka yang takde stiker. nak lalu ikut gate uum pun kecut perut. bukan takut dengan pak guard tapi takut duit melayang kerana disaman kes takde sticker..

K03: kebanyakan kartun yang ana lukis adalah mahsiswa dengan motor depa. kenapa? kerana itu ajelah pengangkutan yang selalu digunakan oleh mahasiswa UUM. Insyallah, tak lama lagi, ana pun nak bawak motor ke UUM gak untuk memudahkan pergerakan ana nanti..huhu

Perkongsian dari ana sebagai gambaran solidariti ana bersama mahasiswa UUM bagi mendapatkan sticker kenderaan dengan cara yang mudah dan cepat. 

Untuk mendapatkan info yang lebih lanjut tentang isu ni, silalah lawati page Transformasi Mahasiswa UUM. TM UUM, adalah salah satu medium gerakan mahasiswa yang menyokong tuntutan mahasiswa dalam isu stiker ni. :)

J
hidayah Shamsudeen
'Bersama Solidariti Mahasiswa Tuntut Stiker' 



Wednesday, 20 February 2013

Serupa tapi Tak Sama


Dah semester empat dah…

bilik baru.. I prefer my old purple room..huhu..
Permulaan semester 4 yang baru, suasana yang hampr sama, bilik baru, rupa baru, kawan baru (ada la 2 3 orang..), lecturer baru, semua baru. Aku try adapt semua benda baru ni. First day sampai sini, memang badan dah rasa lain macam. Maaf, badan aku memang tak mampu nak menahan serangan perubahan cuaca yang mendadak (Kalau terkena tear gas, water canon dan seumpamanya, bleh pulak tahan.. huh). Mungkin waktu ni antibody lemah dan tidak aktif. Kesannya, terperuklah sendirian di bilik. Keluar pun hanya sekadar untuk ke kuliah. Sesekali , aku gagahkan juga untuk keluar meeting. Makan? Kirim je kat rumet, tak pun seharian aku tak makan.


buka tingkap. kasi angin masuk sikit. baru segar.

sewaktu dinner Anak Terengganu
Malam kedua disini, ana join program dinner anak Terengganu, anjuran Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (PERMATA) . Jangan salah sangka. Ana bukan anak Terengganu tapi anak Kelantan , kalau bakal suami baru betul anak Terengganu.. hoho.. gurau je. Kenapa tiba-tiba semangat nak pergi dinner anak Terengganu ni. Buang tebiat ke apa? Tidak. Ana hanya nak jadi saksi, ana sendiri nak tengok bukti dan ana dapat rasa program ini akan dimanfaatkan oleh pihak UMNO/BN untuk sampaikan ‘dakyah’nya. Biasanya program-program macam ni memang pihak UMNO/BN suka ambil kesempatan untuk ‘brainwash’ anak-anak muda terutama mahasiswa. Ternyata betullah sangkaan ana. Memang akan tercetus satu lagi kontroversi melibatkan UUM bila ada orang yang pantas meng'upload' gambar program tu dalam facebook. Ok, ana tahu siapa yang buat. So antum semua fikirkanlah, apa lagi yang nak diharapkan dengan UMNO/BN ni melainkan fitnah semata-mata.

Malam kedua disini, aku join program dinner anak Terengganu, anjuran Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (PERMATA) . Jangan salah sangka. Aku bukan anak Terengganu tapi anak Kelantan , kalau bakal suami baru betul anak Terengganu.. hoho.. gurau je. Kenapa tiba-tiba semangat nak pergi dinner anak Terengganu ni. Buang tebiat ke apa? Tidak. Aku hanya nak jadi saksi, aku sendiri nak tengok bukti dan aku dapat rasa program ini akan dimanfaatkan oleh pihak UMNO/BN untuk sampaikan ‘dakyah’nya. Biasanya program-program macam ni memang pihak UMNO/BN suka ambil kesempatan untuk ‘brainwash’ anak-anak muda terutama mahasiswa. Ternyata betullah sangkaan aku. Memang akan tercetus satu lagi kontroversi melibatkan UUM bila ada orang yang pantas meng'upload' gambar program tu dalam facebook. Ok, aku tahu siapa yang buat. So antum semua fikirkanlah, apa lagi yang nak diharapkan dengan UMNO/BN ni melainkan fitnah semata-mata.


Satu hal yang buat aku sedih, kecewa, sakit hati, marah. Wakil rakyat yang memburuk-burukkan dan menfitnah PAS tu turut menghina Tok Guru Nik Aziz Nik Mat (TGNA). Apakan daya, aku tak mampu membela TGNA mahupun PAS waktu tu. Aku yakin TGNA akan mendapat pembelaan tersebut di akhirat kelak atas segala fitnah dan hinaan ke atas beliau. Tunggu jelah dan sebagai peringatan buat kita bersama.

‘’Orang yang melihat gambar ulama lalu meludah mereka akan gambar itu, melihat akan gambar orang zalim lalu dimulia oleh mereka itu.Sesungguhnya mereka inilah yang punyai hati berpenyakit, lalu ditambah Allah akan mereka ini penyakit. Sehinggalah mata mereka tidak nampak kebenaran, telinga tidak mendengar kebenaran, kaki tidak akan melangkah melainkan ke tempat yang batil semata-mata.’’

Nauzubillahiminzalik..

Sunyinya blok..

Blok G sunyi sepi umpama kuburan. TerIngat pada satu hadis.

Dari Abu Hurairah : “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu itu sebagai kuburan. Sesungguhnya syaitan itu lari dari rumah yang dibacakan di dalamnya surat Al-Baqarah” [Hadits Shahih riwayat Muslim 2/188]


Hadis ini membangkitkan semangat untuk menghidupkan surau blok dengan mengajak penghuninya solat Jemaah bersama. Bukannya kami tak pernah buat, tapi untuk semester ni biarlah ada seseorang yang memulakannya. Aku tekadkan hati, mencapai kitab ‘Furu Al-Masa’il wa Usul Al-Wasail’ yang dibeli masa sem 1 dulu. Aku ajak rumet dan dua tiga orang sahabat lain untuk solat maghrib berjemaah di surau blok. Selesai solat, kami menelaah kitab tersebut sambil bergilir-gilir membacanya.

Kitab tebal tu dikarang oleh Maulana Al-Syeikh Daud bin Abdullah Al-Fathani dan disusun semula oleh Datuk Abu Hasan Din Al-Hafiz. Memang tak termampu untuk aku menghabiskan bacaannya sendirian melainkan dengan bantuan para sahabat. Isinya amat menarik dengan gaya bahasa moden dan kandungan isinya disampaikan dalam bentuk soalan dan jawapan.


Membaca, menelaah dan berdiskusi. Sangat bermanfaat. Semoga Allah menetapkan hati kami untuk istiqomah dan semoga ‘halaqoh’ ini berkembang.

Maafkan aku..

Maafkan aku sahabat.
Aikk??.. tetiba pulak minta maaf. Kenapa?

Lagi sekali,, maafkan aku wahai sahabat, aku tak dapat luangkan masa untuk antum. Bagi aku masa untuk pulihkan kesihatan dan semangat. Doakan aku untuk boleh meng’adapt’ suasana yang sedikit berubah ni. Lahiriahnya mungkin tak banyak, tapi batiniyahnya amat terasa perubahan itu. Hope you know what I mean.

Malam ni aku dah terlepas usrah gabungan DPPNK. Terasa rugi yang amat bila terlepas peluang untuk bersama sahabat menuntut ilmu dari orang alim. Namun, aku topupkan balik dengan diskusi bersama roommate dalam sesi soal jawab agama.
Tapi ketahuilah, manakan sama diri ditarbiyah dan mentarbiyah, menuntut ilmu dan mencurahkan ilmu. Ilmu dan amal diri ini teramatlah kurang.

Semoga Allah memulihkan kekuatan dan semangat aku kembali.

20 February 2013

Hidayah Shamsudeen J